Seorang lelaki California berusia 20 tahun telah ditangkap pada hari Rabu, kerana dituduh memasukkan spyware ke dalam puluhan komputer secara sembunyi untuk mengintip gambar bogel beberapa gadis.
“Trevor Harwell ditahan di rumahnya di Fullerton, di mana detektif menjumpai ratusan ribu gambar-gambar di komputernya,” Kata Jurucakap Polis Fullerton Sjn. Andrew Goodrich.
Harwell telah memasang program, yang memberinya akses remote ke komputer pengguna dan webcam, sambil bekerja sebagai kakitangan untuk sebuah syarikat pembaikan komputer tempatan, kata Goodrich.
"Dengan akses sebegitu, dia akan mengambil gambar pengguna, biasanya perempuan, ketika mereka sedang menukar pakaian,." Kata Goodrich.
Harwell kemudian menyimpan gambar pada sebuah remote server dan akhirnya dimuat turun ke komputernya sendiri.
Polis berkata, mereka mula menyiasat Harwell selepas penduduk Fullerton menghubungi pihak berkuasa selepas mendapat mesej mencurigakan di komputer anak mereka.
Mesej itu berkata terdapat kerosakan pada sensor dalaman komputer dan menyuruh pengguna untuk meletakkan komputer berhampiran stim panas beberapa ketika untuk membersihkan sensor.
Goodrich berkata ramai pengguna yang mendapat mesej serupa membawa laptop mereka ke bilik mandi sementara mereka mandi, dan ketika itulah Harwell menagkap gambar mereka ketika mereka membuka baju.
GB - Kes macam ni dah banyak dah kat Malaysia. Diorang kat sana pakai hacker, kita kat sini pakai CCTV..haha

No comments:
Post a Comment