Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, August 16, 2007

Tunggu Rumput Tumbuh


Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand. Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah meninggal duniakerana diserang penyakit jantung. Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telahdiperhatikan oleh jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur isterinyasebanyak tiga kali sehari.Pak Mat pergi pada waktu pagi, tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebihdari dua minggu secar berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan beranggapanPak Mat begitu cintakan isterinya. Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat cintakan isteri sehinggasanggup berbuat demikian, yang mana tak ada siapa lagi di kampung ini buat begitu". Pak Mat manjwab,"Sebenarnya sebelum Maznah hendak hembuskan nafas yang terakhirnya, beliau telah berpesan kepadasaya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga rumput di kuburnya tumbuh dahulu. Oleh yangdemikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)