Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Monday, June 13, 2011

Ibu Asyik Bermain Game, Anak Mati Makan Tahi Kucing


Christie dan anaknya, Brandi Wulf


NEW MEXICO - Seorang ibu dipenjara 25 tahun karena mengabaikan anaknya hingga mati kelaparan sedangkan si ibu asyik bermain game online dari petang hingga pukul 3 pagi.

Colleen Rebecca Christie, asyik duduk di depan komputer selama berjam-jam. Bersama teman dunia mayanya, Christie begitu asyik bermain game online 'World of Warcraft'. Sementara Brandi Wulf, anaknya yang baru berusia tiga tahun, bertarung nyawa menahan kelaparan.

Brandi Wulf sangat kelaparan sehingga dia memakan makanan kucing yang bercampur dengan najis kucing. Dan ketika dikejarkan ke hospital, berat badan Brandi Wulf hanya 10.4 kilogram.

Doktor menyatakan Brandi Wulf mengalami kekurangan gizi. Ketika diteliti, tulang-tulang rusuk Brandi Wulf terlihat menonjol karena tubuhnya yang begitu kurus. Dalam satu tahun terakhir, doktor menjangkakan berat badannya naik tidak lebih dari satu kilogram (0.6 kilogram).

Christie, isteri kepada seornag anggota tentera udara,segera menghubungi paramedik untuk segera datang ke rumahnya di kuarters Holloman Air Force di Las Cruces, New Mexico. Christie mendapati Brandi pengsan dan tidak sedarkan diri. Namun, segalanya telah terlewat dan doktor gagal menyelamatkan Brandi.

Sarjan Derek Wulf, yang kini sudah menjadi bekas suami Christie, mengatakan bahawa dia sering mendapati anaknya dalam keadaan kelaparan ketika dia pulang ke rumah.

Christie, yang kini berusia 28 tahun, telah didakwa melakukan pembunuhan kelas kedua kerana mengabaikan anaknya pada November 2009. Hakim juga menyatakan Brandi mati akibat kekurangan makanan dan dehidrasi yang kritikal sehingga menyebabkan kanak-kanak itu bertindak memakan makanan kucing yang bercampur dengan najis kucing.

Christie yang mempunyai seorang lagi anak telah menyerahkan anak pertamanya itu kepada ibunya untuk dijaga kerana tidak mampu untuk menjaganya. Dia kini nyata menyesal kerana mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ibu. "Tiada apa yang saya inginkan lagi kecuali kembali hidup bersama anak-anak saya. Saya telah gagal membesarkannya dengan baik. Saya minta maaf."

GB - Kes lalai akibat asyik bermain game internet dah banyak kali terjadi. Kat Malaysia pun ada kot...Anak adalah anugerah Tuhan.. Jagalah ia sebaik mungkin..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)