Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, June 9, 2011

Berkahwin dengan karektor video game

SAL9000

Seorang lelaki Jepun mengahwini karektor dalam permainan video popular, membawanya dan konsol mainannya untuk berbulan madu di luar negara.

Lelaki itu yang mahu dikenali sebagai nama samaran onlinenya, SAL9000, menemui karektor Nene Anegasaki ketika bermain permainan simulasi "Love Plus"

Mereka berkahwin beberapa minggu lalu dan menyiarkan majlis itu menerusi laman web Youtube.

SAL9000 yang enggan mendedahkan nama sebenarnya kerana bimbang disalahfaham, mengaku menjadi 'otaku,' gelaran untuk golongan muda Jepun yang ketagih permainan video, komputer dan alam fantasi.

Dalam budaya otaku, ada tradisi memanggil karektor dalam permainan video sebagai 'isteri saya.'

"Memandangkan saya memanggilnya isteri saya, saya berpendapat, lebih baik saja kami berkahwin," kata SAL9000 ketika diwawancara televisyen Reuters.

GB - Dah xde pompuan lain kot dalam dunia ni..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)