1. Bawa bantal. Tidur (atau pura-pura tertidur) sehingga 15 minit terakhir. Menggeliat sekuat mungkin. Hantar kertas jawapan.
2. Ambil kertas soalan dan berlari keluar sambil menjerit “Yahoo!! Dah dapat!!”
3. Dalam kertas Matematik, tulis jawapan dalam bentuk karangan. Jika ianya subjek Sejarah, tulis jawapan dalam bentuk persamaan linear atau persamaan kimia lain.
4. Lipat kertas soalan dan buat kapal terbang kertas. Tujukan pada pengawas peperiksaan.
5. Bercakap sepanjang peperiksaan. Baca soalan dengan kuat dan jawab soalan dalam bentuk lisan. Jika pengawas suruh berhenti, katakan “saya tidak ada masalah” dan kemudian kutuk-kutuk pengawas tu.
6. Bawa pasukan sorak bersama.
7. Masuk dalam dewan, dan duduk. Selepas sepuluh minit cakap pada pengawas “Saya tak faham. Saya hadir ke setiap kuliah. Apa saya buat di sini. Siapa kamu? Di mana pensyarah yang biasa tu?”
8. Bawa video game. Main dengan volume maksimum.
9. Di setiap kertas jawapan essei, tuliskan kenapa anda tidak perlu menghadiri peperiksaan. Tulis sebab yang berlainan bagi setiap soalan.
10. Bawa bersama haiwan peliharaan anda. Lebih bagus kalau bawa ular sawa. Biarkan ia berkeliaran di dalam dewan.
11. Berlari masuk ke dewan dalam keadaan tergesa-gesa. Kemudian jumpa pengawas peperiksaan dan katakan padanya “ Mereka dah jumpa saya. Saya harus tinggalkan negara ini” kemudian sambung berlari.
12. Setelah 15 minit menjawab, koyakkan kertas soalan dalam cebisan kecil. Campakkan kepada rakan sebelah sambil berkata “ Selamat Hari Jadi!!”. Minta set soalan yang baru dari pengawas. Ulang langkah ini setiap lima belas minit.
13. Jawab soalan dengan menggunakan krayon, water color ataupun permanent marker. Katakan pada pengawas semua pen dan pensel anda diculik makhluk asing.
14. Hadir ke dewan kuliah dengan memakai tuala mandi, dan selipar jamban.
15. Datang ke dewan dengan membalut kaki dan tangan anda. Menjerit dengan kuat sepanjang peperiksaan. Katakan pada pengawas yang anda sedang sakit.
16. Jawab dalam bahasa berlainan. Jika anda tidak tahu bahasa lain, reka satu bahasa baru. Contohnya jika kertas matematik, tulis nombor Roman dalam setiap jawapan anda.
17. Baling kertas atau objek lain kepada pengawas ketika dia tidak melihat. Jika kantoi, salahkan orang sebelah.
18. sebaik sahaja pengawas memberi kertas soalan, koyakkan kertas dan makan.
19. Jemput pemberita datang dengan anda dan suruh mereka merakam wajah anda sedang menjawab peperiksaan. Minta juga mereka siarkan dalam berita malam ini.
20. Setiap lima minit, bangun dari tempat duduk, kemaskan semua barang anda dan pindah ke meja lain. Teruskan menjawab soalan.
21. Pulangkan kertas jawapan selepas 30 minit. Kemudian berkata dengan kuat betapa mudahnya soalan itu.
22. Baca dengan kuat setiap jawapan anda.
23. Bawa pen merah, tandakan betul pada setiap soalan. Tuliskan markah 100% di muka depan. Hantar kertas jawapan.
24. Masuk ke dewan dan jawab seperti biasa. Pada minit ke-20 campakkan kertas soalan dengan kuat dan mula menyumpah seranah. Ulang setiap 20 minit.
25. Buat mogok di depan dewan. Bawa sepanduk sekali.
26. Menagis tak berhenti-henti sebaik dapat kertas soalan.
27. Garu belakang anda. Ulang setiap 5 minit. Jika pengawas bertanya, katakan orang belakang cuba meniru.
28. Habiskan masa menjawab dengan memuji kecantikan/kehenseman pengawas. Hadiahkan bunga sekali.
29. Pakai pakaian kemas. Selepas 15 minit menjawab, pakai topeng ultraman dan jerit “Akulah penyelamat bumi. Hiah!!” Ulang sehingga pengawas mengheret anda keluar dewan.
30. Masuk ke dewan dengan muka keliru. Tanyakan pada pengawas “Boleh beritahu saya di mana dewan periksa?” Kemudian keluar semula. 10 minit kemudian masuk semual dan tanyakan soalan yang sama. Ulang sehingga habis waktu.
31. Ketawa terbahak-bahak sebaik dapat kertas soalan dan jeritkan “Kenapa soalan macam ni yang ditanya?”
32. Bawa pistol air. Tembak semua pengawas yang ada.
33. Menyanyi dengan kuat lagu “Kami Anak Malaysia” sehingga pengawas suruh berhenti. Setelah 2 minit ulang semua. Tukar lagu lain jika boleh.
34. Mengamuk tak tentu pasal ketika menjawab soalan. Tendang kerusi dan meja. Kemudian duduk semula dan jawab soalan macam biasa.
35. Tuliskan lirik lagu yang berkaitan dengan subjek yang dijawab. Jika kertas sejarah, tulis lirik lagu pop yeh yeh. Jika subjek kimia, tulis lirik lagu My Chemical Romance.
36. Datang dengan memaki baju badut.
37. Bawa adik anda bersama untuk mengurut belakang anda. Jika ditanya katakan anda mempunyai sakit belakang yang kronik.
38. Bawa nota (toyol) bersama dengan anda. Kepilkan dengan jawapan. Tuliskan nota “Sila rujuk nota untuk jawapan lebih tepat”
39. Ketika masuk dewan, katakan cuaca sangat panas. Buka baju jika perlu.
40. Jika terdapat soalan yang sangat sukar, panggil pengawas untuk membantu anda menjawabnya.
41. Bergusti dengan rakan sebelah.
42. Bawak belon, trompet kertas dan mula meniup tanpa henti sebaik mendapat kertas soalan.
43. Ajak semua pelajar untuk membuat “ombak” seperti di dalam stadium.
44. Main frisbee dengan rakan lainyang berada di luar kelas. Ajak pengawas bermain sama.
45. Bawa marker dan tulislah nama anda di atas meja sehingga habis waktu.
46. Upah seseorang untuk hantar bunga dan gula-gula kepada anda selang beberapa minit sepanjang waktu peperiksaan.
47. Buat bising dengan mengetuk setiap benda di hadapan anda. Contohnya kerusi, meja, lantai.
48. Tuliskan jawapan anda secara terbalik untuk setiap soalan.
49. Bawa alat muzik ke dalam dewan. Jika soalan terlalu sukar, mula bermain alat muzik itu. Jika ditanya, katakan “ia membantu saya berfikir”
50. Jawab soalan dengan menulis sebab-sebab kenapa anda perlu berada di dalam dewan ini.
No comments:
Post a Comment