Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, June 23, 2011

Festival Gila Geluruh Dunia

1. Cheese Rolling Festival (England)
Festival ini adalah acara tahunan yang diadakan di Spring Bank Holiday di Cooper’s Hill, dekat Gloucester, wilayah Cotswold, England. Dahulunya, cara festival tradisional ini dilakukan oleh dan untuk orang-orang yang tinggal di sekitar Brockworth, namun sekarang orang-orang dari berbagai daerah turut serta dalam acara ini. Mereka akan menggulingkan diri dari atas bukit terus ke bawah bukit. Nama festival ini diambil dari nama bukit di mana festival ini diadakan.
2. Monkey Buffet Festival (Thailand)
Setiap tahun pada minggu terakhir bulan November, ada sekitar 3000 ekor monyet yang diundang untuk acara makan-makan buah-buahan dan sayuran yang dilaksanakan untuk menghormati sang Rama, dewa pahlawan dalam kisah Ramayana. Acara ini digelar sebagai pelaksanaan dari ucapan Rama yang ingin memberikan penghormatan kepada teman sejatinya, Hanuman (Raja Monyet) yang telah membantu perjuangannya.
3. Onbashira Festival (Jepun)
Festival Onbashira merupakan satu acara sukan ekstrem yang terbuka kepada semua rakyat Jepun. Di sini mereka akan menguji kekuatan masing-masing dalam setiap acara yang dipertandingkan. Festival ini diadakan setiap 6 tahun sekali, dan ada yang mengatakan 7 tahun, karena orang-orang awam di Jepun biasa menghitung waktu yang lama dalam setahun.
Festival ini kelihatan sangat menakutkan dan berbahaya, namun festival ini juga masih dianjurkan di sebahagian daerah di China. Ribuan pelancong dari seluruh pelusuk dunia akan hadir untuk menyaksikan acara yang lain dari yang lain ini.
4. Redneck Game (Amerika Syarikat)
Festival Redneck Game ini diadakan setiap tahun di East Dublin, Georgia. Festival yang pertama kali dilaksanakan pada tahun 1996 ini pada mulanya dianggap cara bodoh untuk mengumpulkan derma ini kemudian menjadi fenomena yang menyebar luas di negeri tersebut. Pada tahun 1996 itu, Atlanta telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan berbagai acara dibuat untuk menyambutnya, yang mana salah satunya adalah Redneck Game.
Dalam permainan ini, para peserta akan terjun secara bebas ke dalam lumpur dan pemenang akan dipilih berdasarkan tahap kekotoran peserta. Siapa yang paling kotor akan menjadi pemenang. Gila kan?

5. The Battle of the Orange (Italia)
Pada akhir bulan Februari di setiap tahun, di sebuah pekan kecil bernama Ivera yang terletak di bahagian utara Itali, ramai penduduk akan membaling buah-buahan ke arah satu sama lain, terutamanya buah oren. Permainan ini dinamakan Battle of oranges. Ribuan orang dari pelbagai daerah dan negara datang ke tempat tersebut untuk menyertai festival, dan dalam permainan tersebut tiada seorang pun yang terkecuali dari serangan oren.
Dalam permainan ini, para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Kumpulan-kumpulan itu akan dimasukkan ke dalam beberapa trak dan trak-trak akan dibawa mengelilingi pekan. Peserta yang berada di luar trak akan membaling mereka dengan buah-buah oren. Pasukan yang berjaya mengelilingi pekan dengan selamat, akan dikira sebagai pemenang.

6. Wife Carrying Competition (Finland)
Wife carrying adalah sebuah acara balapan orang lelakii sambil menggendong seorang wanita di bahu masing-masing, dan biasanya wanita itu adalah isterinya. Pemenang akan ditentukan apabila seorang lelaki berjaya menempuh halangan yang disediakan oleh pihak penganjur. Pelbagai aksi menggendong akan dilakukan oleh peserta, termasuk menggendong di pinggang, di bahu, kaki ke atas, dan sebagainya.


GB - Ada je perkara yang tak masuk akal manusia nak buat...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)