Lebih daripada 1,500 orang hadir untuk pesta hari lahir seorang remaja Jumaat lepas (3 Jun) selepas gadis itu telah membuat jemputan hari lahirnya di Facebook.
Thessa sebenarnya hanya menjemput beberapa orang rakannya sahaja sempena ulang tahun kelahirannya di rumahnya di Hamburg, Jerman. Tetapi, seramai 15,000 orang pengguna Facebook telah klik bahawa mereka akan hadir selepas jemputan parti tersebut tidak disetkan kepada private.
Sekitar 1,500 muncul dan memenuhi perkarangan Thessa dan sepanjang jalan di kawasan rumahnya.
Polis terpaksa join sekali..bagi memastikan tiada sebarang kejadian tidak diingini...
Keluarga Thessa terpaksa membatalkan parti tersebut dan meminta pertolongan polis dan mengupah pasukan perkhidmatan keselamatan untuk melindungi rumah mereka. Seramai 100 orang anggota polis muncul untuk mengawal keselamatan dan ada yang tercedera semasa kejadian tersebut.
Beberapa tetamu telah datang dengan membawakan hadiah, alkohol dan kek sambil mengangkat papan tanda ” Di mana Thessa?” serta menyanyikan lagu, “Thessa, parti hari lahirnya bukan satu jenayah”.
“Thessa dikatakan tidak berada di rumah pada malam tersebut kerana telah merayakan hari lahirnya bersama datuk dan neneknya”, kata polis.
GB - Normal la kalau anda selalu terlupa nak tanda event tu sebagai "PRIVATE"..tapi memang x normal la kalau dah 1500 orang datang ke parti anda.. Dah macam kenduri kahwin dah...

No comments:
Post a Comment