Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Tuesday, July 26, 2011

42 Tahun Minum PETROL

Chen sedang minum petrol..

BEIJING: Chen Dejun yang berusia 71 tahun, tinggal di dalam pondok uzur di sebuah bukit di dekat Bandar Shuijiang, mukim Nanchuan di barat daya daerah Chongqin, mendakwa dia minum minyak petrol selama 42 tahun.

Chen yang bertubuh pendek dan kurus berkata, dia minum tiga hingga 3.5 liter minyak petrol sebulan yang dibeli di sebuah stesen minyak di kaki bukit.


Dikalangan penduduk setempat, Chen dikenali sebagai seorang pemahat batu dan pengayam buluh yang pandai berniaga. Dia juga dikenali kerana gemar minum minyak petrol.


Dia mula minum minyak petrol pada 1969 apabila dia mula batuk dan dadanya terasa sakit. Setelah mencuba pelbagai ubat, penyakitnya masih tidak sembuh, dia mula mengikut petua orang tua dan minum minyak tanah.


Penyakitnya sembuh, dan sejak hari itu, dia mula ketagih minyak tanah. Dia kemudian berubah selera dan minum minyak petrol pula. Kata Chen sukar untuk dia menganggarkan berapa banyak minyak petrol yang diminumnya sepanjang hidupnya, tetapi menurut sebuah akhbar, Chen telah minum sekurang-kurangnya 1.5 tan minyak petrol sejak 42 tahun.


Isteri Chen, Yuan Huibi dan tiga anak lelaki mereka, telah berkali cuba untuk menghentikan ketagihannya kepada minyak petrol tetapi usaha mereka menyebabkan hubungan keluarga menjadi tegang. Lapan tahun lalu, Chen terus pindah ke pondok untuk hidup sendirian.


Sumber dari Hospital Honglou di Chongqin berkata, kesihatan Chen baik walaupun dia mempunya simptom emfisema (penyakit paru-paru) tetapi Chen tidak mahu mendapatkan pemeriksaan percuma di hospital.


GB - Kalau selalu dengar ada orang makan rambut, makan kaca, ini minum petrol plak..
amacam? ada berani?

Thursday, July 21, 2011

Adakan Parti Selepas Bunuh Ibu Bapa

Tyler Hadley

MIAMI: Seorang remaja berusia 17 tahun secara kejam dan tanpa belas ihsan membunuh ibu bapanya sebelum mengadakan parti, sedangkan mayat orang tuanya masih berada di dalam bilik tidur kediaman itu, kata polis, semalam.

Tyler Hadley dari Port St Lucie, Florida, didakwa membelasah ibunya, Mary Jo, seorang guru dan bapa, Blake hingga mati dengan tukul besi yang ditemui berhampiran mayat kedua-duanya.

Mary Jo dan Blake

Remaja itu dikatakan membunuh ibu bapanya sebelum menganjurkan parti untuk 40 hingga 60 tetamu malam Ahad lalu selepas menghantar undangan di laman Facebook.

Parti itu bermula kira-kira jam 9 malam dan berlanjutan hingga jam 3 pagi. Polis tiba di kediaman ala ladang itu keesokannya selepas mendapat maklumat. Menurut polis, Hadley kelihatan gugup dan cemas dan terdapat tin bir berserakan di luar kediamannya.


Pada awalnya, dia memberitahu polis ibu bapanya berada di luar bandar. Polis kemudian menemui mayat ibu dan bapa remaja berkenaan di dalam bilik tidur utama di mana pintunya berkunci. Motif pembunuhan itu belum dapat dipastikan tetapi seorang penduduk berkata, dia mendengar ibu bapa Hadley enggan membenarkan remaja itu mengadakan parti.


GB - Ada something wrong kot dengan budak ni..Mak bapak sendiri pun boleh dibunuh..

Wednesday, July 20, 2011

Leher Gadis Disepit Pintu Bas






ANHUI – Seorang gadis mengalami nasib malang apabila kepalanya tersepit pada pintu bas ketika mahu turun di satu perhentian bas di bandar Maanshan, wilayah Anhui, China.

Wanita ini betul-betul malang gara-gara pemandu bas. Apa tidaknya…belum pun sempat gadis ini turun pemandu telah menutup pintu bas tersebut. Akibatnya kepala perempuan itu tersepit pintu, sementara badannya masih di dalam bus.


Namun nasibnya sedikit beruntung bila ada seorang penumpang yang menyedari hal itu dan meminta pemandu berhenti dan membuka pintu.



The best part… begitu bas itu berhenti dan pintu terbuka, perempuan itu turun sambil memicit lehernya yang sakit.

Ia berlalu begitu saja tanpa memprotes kepada pemandu yang mungkin disebabkan malu atau mungkin ada urat marah yang tak berfungsi disebabkan sepitan pintu bas itu. Kesian…kesian…

Puting Tambahan di tapak kaki



LONDON : Seorang wanita muda mencatatkan sejarah perubatan selepas disahkan mempunyai puting ketiga di kakinya.
Penyelidik percaya masalah yang dialami wanita berusia 22 tahun itu adalah yang pertama seumpamanya.

Antara satu hingga lima peratus penduduk dunia dipercayai menghidap masalah itu, yang secara klinikalnya dirujuk sebagai tisu payu dara tambahan. Puting tambahan itu biasanya ditemui pada bahagian atas pinggang.

Bintang pop, Lily Allen juga terkenal kerana memiliki puting tambahan pada payu dara kirinya.

Kakitangan perubatan percaya, kemunculan puting tambahan di bawah paras pinggang, terutama di tapak kaki, tidak pernah berlaku sebelum ini.

Penemuan itu dilaporkan dalam jurnal perubatan, Dermatology Online.

Pengarangnya menulis: “Seorang wanita berusia 22 tahun mendapatkan rawatan bagi masalah di tapak kaki kirinya, puting payu dara yang terbentuk dengan baik, dikelilingi areola dan bulu.

“Ujian mikroskopik terhadap dermis menunjukkan kewujudan folikel bulu, kelenjar ekrin dan kelenjar minyak. Tisu lemak juga dikesan pada pangkal lesi itu. Penemuan klinikal dan histopatologik adalah selaras dengan diagnosis tisu puting tambahan yang juga dikenali sebagai ‘pseudomamma.’ “Berdasarkan pengetahuan kami, ini adalah laporan pertama mengenai tisu payu dara tambahan di kaki.” Menurut laporan itu, ia wujud sejak lahir. Wanita berkenaan tidak mengadu sakit dan tidak ada anggota keluarganya yang lain berdepan dengan masalah itu. Puting tambahan itu kini mempunyai ukur lilit empat sentimeter.

“Tisu puting tambahan yang dikenali sebagai SBT jarang ditemui di luar garisan kelenjar mama. Namun, ia pernah dilihat sebelum ini di belakang badan, bahu, muka dan juga paha,” menurut jurnal itu. - Agensi

Friday, July 15, 2011

Potong Alat Sulit Suami Ketika Tidur.


Catherine Kieu


(Bernama) - Seorang wanita didakwa melakukan penyeksaan pada hari Rabu lepas selepas pihak berkuasa berkata dia memotong zakar suaminya dengan pisau dapur dan membungkusnya di dalam plastik sampah.

Catherine Kieu, 48, dituduh mengikat suaminya di tempat tidur dengan tali nilon, menarik seluar dan menghiris zakar suaminya, kata jurucakap Pejabat Peguam Daerah Orange County dalam satu kenyataan bertulis.

Wanita tersebut mengambil zakar yang terputus itu ke dapur, dan melemparkannya ke plastik pelupusan sampah sebelum menghubungi 911, kata pendakwaraya.

Kieu, yang telah ditahan di tempat kejadian pada hari Isnin lalu, didakwa secara berasingan di atas kesalahan melakukan penyeksaan dan keganasan diburukkan lagi dengan tambahan menjatuhkan hukuman kerana menyebabkan kecederaan dan menggunakan senjata.

Dalam perbicaraan mahkamah pada hari Rabu lalu, Hakim Mahkamah Orange County mengarahkan Kieu untuk membela diri dan kes itu ditangguhkan sehingga 22 Julai.

Kieu, yang sedang ditahan tanpa jaminan, menghadapi hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat jika sabit kesalahan.

Pendakwa raya berkata kejadian itu berpunca dari pertengkaran kecil antara Kieu dan suaminya berusia 60 tahun yang namanya tidak didedahkan,

Polis berkata ketika menghubungi 911, Kieu, yang memperkenalkan diri sebagai Catherine Kieu Becker, berkata suaminya yang diikat di katil itu mengalami pendarahan di peha dan berkata suaminya "patut dihukum".

Polis juga berkata Kieu mungkin di bawah pengaruh dadah dan mungkin telah mencampurkan dadah ke dalam makanan suaminya bagi membuatnya mengantuk. Pasangan yang berkahwin pada 2009 itu kini sedang dalam proses penceraian.

Suaminya Kieu telah di kejarkan ke Pusat Perubatan Irvine, California dan telah menjalani pembedahan kecemasan di sana kerana kecederaannya yang begitu serius.

Pihak polis kini masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami kemurungan.

GB - Tahu pulak dia nak telefon 911 lepas buat salah yea?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)