Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Friday, June 10, 2011

Penganggur Terhormat


Marzuki ialah seorang penganggur terhormat di kampungnya. Sudah setahun lebih dia tidak bekerja selepas diberhentikan dari kilang biskut di bandar kerana tertidur di dalam stor. Segala perbelanjaan harian ditanggung ibunye. Marzuki terkenal dengan sifatnya yang pemalas dan suka berangan.

Suatu petang, Pak Sarip terlihat Marzuki sedang gigih bermain badminton di hadapan rumahnya. Walhal seluruh kampung mengetahui yang Marzuki memang tidak pernah bersukan. Lalu Pak Sarip bertanya pada Marzuki,

Pak Sarip : Wah, rajin pulak kau main badminton Marzuki? Nak turunkan berat badan ke?

Marzuki : Tak adalah.

Pak Sarip : Habis tu? Kau nak jadi wakil kampung kita untuk kejohanan bulan depan ?

Marzuki : Bukan.

Pak Sarip : Kau nak ganti tempat Lee Chong Wei?

Marzuki : Bukan jugak.

Pak Sarip : Habis tu? Kenapa kau beriya-iya main nih?

Marzuki : Saya ada interview kerja sebagai pengutip bulu tangkis kat Majlis Sukan Dewan Bandaraya minggu depan.

Pak Sarip: Cheist!!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)