Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, August 23, 2007

Siapa Saya?


"Semester persekolahan baru sahaja bermula.Dalam sebuah makmal biologi, seorang cikgu yang menggantikan seorang guru biologi sedang menerangkan activity untuk hari tersebut.

Beliau telah meletakkan keratan bahagian-bahagian badan pelbagai jenis serangga di hadapan para pelajarnya dan menyuruh para pelajarnya mengenalpasti nama serangga bagi setiap keratan.

Salah seorang pelajar di dalam kelas tersebut berasa tension kerana setelah puas dipikir-pikir, dia still gagal untuk mengenalpasti keratan yang diberi kepadanya.

Oleh kerana terlalu tension, pelajar tersebut bangun dari tempat duduknya dan belari keluar makmal sambil menghentak-hentak kaki dan menyepak pintu makmal tersebut.Cikgu tersebut menjadi marah dengan tindakan kurang asam pelajar tersebut lalu memanggil pelajar tersebut.

"Kamu yang baru sahaja keluar dari makmal tadi,masuk balik!!Sape ajar kamu berkelakuan demikian?"Kata cikgu tersebut dari dalam kelas.Pelajar tersebut hanya berdiam diri.

Bengang dengan tindakan pelajar tersebut berdiam diri, cikgu tu pun berkata, "Siapa nama kamu? Nanti saya adukan kepada tuan pengetua."

Pelajar tersebut berjalan ke arah pintu makmal tersebut dan menutupnya sedikit dari luar.Dia lalu memasukkan sebelah kakinya ke dalam makmal sementara dia menyorokkan dirinya di sebalik pintu makmal.

Lalu dia pun berkata,"Kalau cikgu pandai, cube cikgu teka siapa saya?""

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)