Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, October 20, 2011

Dinikahkan Imam Yang Sudah Meninggal


KUNAK: Temberang sepasang kekasih yang dicekup khalwat kononnya mereka sudah dinikahkan seorang imam di sini, minggu lalu, memakan diri apabila imam dimaksudkan itu sebenarnya sudah meninggal dunia, empat bulan lalu.
Sebelum kejadian, pasangan kekasih itu ditahan penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) selepas dipercayai berkhalwat di sebuah bilik hotel bajet di pekan ini, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Serbuan dilakukan selepas penguat kuasa mendapat maklumat mengenai seorang wanita berusia 30 tahun dipercayai melakukan perkara tidak senonoh dengan pasangan berusia 20 tahun di hotel berkenaan.

Malah, penguat kuasa terpaksa menunggu hampir sejam sebelum pintu bilik dibuka seorang lelaki berpakaian lengkap dan pemeriksaan mendapati seorang wanita yang juga lengkap berpakaian berselimut di atas katil.


Seolah-olah tidak ada apa yang berlaku, pasangan terbabit mengaku suami isteri dan baru dinikahkan seorang imam di sebuah kampung berhampiran.

GB-Kalau dah kantoi tu macam2 alasan boleh diberi...

Friday, October 14, 2011

Awas! Banduan Terlepas!

Seorang banduan baru saja berjaya melarikan diri dari penjara setelah dipenjarakan selama 20 tahun. Dalam perjalanannya, dia terjumpa sebuah rumah dan memecah masuk kedalamnya untuk mencari duit. Tetapi yang ditemukan hanyalah sepasang pengantin baru yang sedang tidur di atas katil mereka.

Banduan itu mengarahkan pengantin lelaki turun dari katil dan mengikatnya dikerusi. Kemudian sambil mengikat pengantin perempuan di katil, banduan itu mencium lehernya, dan terus bergegas ke bilik mandi.

Sementara banduan berada di bilik mandi, pengantin lelaki berbisik kepada isterinya: "Isteriku, dia adalah banduan yang melarikan diri dari penjara. Lihat saja baju yang dipakainya, dia mungkin sudah lama dipenjara dan tentu sudah lama tidak menyentuh wanita. Dari cara aku lihat dia mencium lehermu, dia ingin melakukan hubungan seks denganmu, jangan menolak, jangan mengeluh, lakukan sesuai dengan keinginannya, berikan kepuasan. Orang ini merbahaya, jika marah, dia pasti membunuh kita. Jadi bertahanlah sayang.. Abang cintakan ayang.."

Sambil tersenyum, pengantin perempuan membalas, "Dia bukannya mencium leherku. Tapi dia berbisik ke telingaku. Dia cakap, dia ni gay dan katanyanya abang seksi sekali dan dia bertanya dimana saya simpan body lotion? Saya jawab di bilik mandi. Bertahanlah sayang. Ayang cintakan abang juga.

Saturday, October 1, 2011

Tragedi Jambatan



Seorang lelaki berwajah garang sedang menaiki motor Harleynya, ketika dlm perjlnan dia terlihat seorang gadis cantik bergaun panjang sedang berdiri di atas pagar jejambat.Ia menghentikan motornya dan bertanya : "Apa yang sedang kamu lakukan?" Gadis itu menjawab : "Saya ingin bunuh diri... Mengambil kesempatan ini si lelaki berkata: "Kalau begitu sebelum kamu melompat, berikan saya ciumanmu yang terakhir."

Si gadis pun menciumnya dibibir.

Setelah ciuman berakhir, si lelaki dengan wajah berseri-seri berkata: "Mengapa kamu ingin bunuh diri? Ciumanmu begitu panas dan menggairahkan. Pasti banyak lelaki yg akan tergila-gila dengan ciumanmu ini."

Dengan sedih si gadis menjawab : "Saya ingin bunuh diri kerana ibubapa dan keluarga saya menentang saya berpakaian dan berdandan seperti WANITA....Auwww

GB-Susah nak cari yang betul-betul asli sekarang...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)