Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Friday, September 30, 2011

Lahirkan 3 Anak Pada Tarikh Yang Sama

3 Anak sammy yang berkongsi tarikh lahir, Kaiden, Keiran dan Kyle.

LONDON: Seorang bayi menarik perhatian ramai apabila lahir pada tarikh sama seperti dua abangnya.

Kyle Kellett berkongsi hari lahir - 20 September - dengan Keiran, 6, dan Kaiden, 3.


Menurut statistik, kemungkinan untuk berlaku kelahiran sama seperti itu ialah satu dalam 133,590.

Ibu Kyle, Sammy Kellett, 24, berkata dia seperti tidak percaya kebetulan seperti itu boleh berlaku.


“Ia sangat luar biasa. Saya memiliki tiga anak yang lahir pada 20 September,” katanya.


Berdasarkan perkiraan doktor, Keiran dan Kyle dijangka lahir pada 24 September tetapi Sammy melahirkan mereka empat hari lebih awal.

Menurut Sammy, bagi Kaiden pula, dia sepatutnya lahir pada 13 September tiga tahun lalu.


Bagaimanapun, katanya, dia melahirkan Kaiden seminggu lebih lewat daripada jangkaan.

Selain berkongsi persamaan tarikh lahir, ketiga-tiga anak Sammy dan pasangannya, Merv Jeans, 35, dilahirkan di hospital sama, iaitu Hospital Royal Preston.


Bagaimanapun, hanya dua daripada tiga anak Sammy - Kaiden dan Kyle - dilahirkan dalam bilik yang sama di hospital berkenaan.


Sammy - dari Preston - dibawa masuk ke bilik bersalin pada 2.45 pagi Selasa lalu dan Kyle dilahirkan pada jam 5 pagi.


Keiran pula dilahirkan jam 2.26 petang pada 20 September 20 2005, manakala Kaiden 8.37 pagi pada 2008. Jeans pula menyambut hari lahir pada 22 September. - TS

GB - Pernah dengar orang lahirkan anak pada 8.8.2008, 9.9.2009 dan 10.10.2010 secara berturut-turut? Ini kisah benar tau..

Thursday, September 29, 2011

Makan Bangkai Harimau Elak Gout?


KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.


“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.

“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah. - AFP

GB - Punyelah banyak makanan ciptaan Allah dalam dunia ni harimau juga yang nak dimakan..BANGKAI pulak tuh..

Wednesday, September 28, 2011

Kentut Pak Ali


Pak Ali yang sudah tua dimasukkan anak-anaknya ke rumah orang-orang tua. Baru saja dia masuk ke sana, seorang jururawat yang ayu sudah datang menemaninya duduk-duduk di beranda.

Mereka berdua duduk bersebelahan sambil menatap matahari yang hendak terbenam. Tiba-tiba pak Ali mencondongkan badannya ke kanan.

Si Jururawat dengan cekap menangkapnya agar tidak terjatuh dan menegakkan badannya kembali.

Beberapa saat kemudian kembali pak Ali mencondongkan badannya, kali ini ke kiri. Dengan tangkas si jururawat menegakkannya kembali. Begitulah terjadi selama beberapa minit.

Akhirnya si jururawat membawa pak Ali kembali ke biliknya.

Keesokan harinya anaknya datang melawat.

"Bagaimana keadaan ayah di sini?" tanya anaknya.

"Selesa . Tilamnya bagus, makanannya enak, jururawat pun semuanya ramah. Tapi ada satu masalah."

"Masalah apa ayah?"

"Mereka tidak membenarkan ayah kentut di sini"

Ayah dan Anak


Di suatu petang yg indah.. anak bertanya pada ayahnya…

Anak : Ayah, nak baju baru.

Ayah : 8A dulu.

Anak : Ayah, nak basikal baru.

Ayah : 8A dulu lah.

Anak : Ayah, nak handphone baru.

Ayah : 8A duluuu.

Anak : Ayah, nak jam tangan baru.

Ayah : 8A dulu.

Anak : Ayah…

Ayah : 8A dulu! Tak faham ke?

Anak : Errr… Nak mak baru.

Ayah : Bila nak??

Jam Punk


Seorang budak punk mengajak kawannya datang ke rumah barunya. Dengan bangga dia menunjukkan ruang-ruang bilik dan hiasan rumahnya itu. Mereka berhenti di sebuah gong tembaga yang besar dan kelihatan menarik dan antik.

Kawannya bertanya, "apa benda ni? Kau budak punk pun boleh minat dengan dikir barat ke?"

"Menarik kan?" Jawab budak punk itu. "Ini bukan alat muzik lah bro. Ini jam bercakap."

"Jam bercakap?! Fuyohh! Bro, macam mana ia beroperasi? Sekarang pukul berapa, cuba kau demo sikit."

"Demo? Kau serius? Ok, tengok ni," kata budak punk itu lalu mengangkat gendang besi yg kelihatan berat sambil menghayun kuat menghentam ke tengah-tengah gong itu yg terus mengeluarkan bunyi yang kuat bagaikan boleh memecahkan gegendang telinga.

Tiba-tiba terdengar jeritan di sebalik tembok rumah sebelah, "Hoi!!! Kau dah tebiat nak mampus ke apa hah?!!! Dah pukul 2 pagi lah biul. Tak tahu nak tidur ke?!! Sewel punya budak!"

"Ah! Dah pukul 2 pagi daaah," jelas budak punk itu.
Kawan dia cuma garuk kepala masih blur dan terkedu lagi nak cakap apa-apa.

Masalah Katil



Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!

Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai.Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.


Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?

Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor: Ya..bagaimana?

Malek: Dia suruh saya potong kaki katil....

Makan Batu-bata Macam Makan Biskut

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

Ibunya, Colleen, 31 berkata, setiap hari dia terpaksa berusaha melarang anaknya memakan sesuatu yang boleh menyebabkan dia mati.

Colleen berkata: “Dia tidak mencuba makan kaca begitu banyak kerana ia mencederakannya. Tetapi dia akan cuba makan batu dan kayu yang ditemuinya di taman.

“Dia boleh makan bata seperti orang biasa makan biskut coklat. Dia sedar benda tu tidak bagus untuknya. Tetapi keinginan itu begitu tinggi bagi seorang kanak-kanak untuk menanganinya.”

Natalie menghidap Pica, sejenis penyakit yang membuka selera penghidapnya terhadap bahan yang tidak berzat.

Colleen, dari Terre Haute, Indiana, Amerika Syarikat menceritakan bagaimana penyakit itu hampir menyebabkan dia mati.

“Saya menidurkan Natty sebelum pergi ke dapur untuk membasuh. Tiba-tiba dia masuk dan memegang seutas wayar kecil. Mulutnya berdarah dan saya tahu apa yang terjadi.

“Dia makan mentol lampu, semua sekali kecuali wayar itu. Saya serta-merta membawanya ke pusat perubatan.

“Saya begitu cemas,. Mujur dia tidak apa-apa,” katanya.

Sejak kejadian itu, Natalie sentiasa diperhatikan oleh Collen, suaminya, David, dan anak lelaki mereka, Andrew.

Colleen, pengurus pejabat berkata: “Natalie tidak menunjukkan keganjilan setiap hari.

“Ada ketika, dia hanya sekali-sekala cuba memakan sesuatu yang berbahaya. Tetapi pada masa lain, dia sentiasa berkeinginan untuk memakan benda itu.

“Yang paling membimbangkan ialah mungkin satu hari kelak dia memakan sesuatu yang beracun dan kami tidak sempat untuk bertindak menyelamatkannya.” - TS


GB - Manusia normal kata "aku semua makan, tolak batu dengan kayu je" tapi budak ni berjaya menyangkal dakwaan itu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)