Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Wednesday, November 23, 2011

Perompak Hingusan Yang Kantoi


Waktu korang berusia 13 tahun, apa benda yang paling jahat pernah korang buat? Ponteng sekolah? Main mesin judi? Mengendap anak orang mandi? Ataupun melakukan rompakan bersenjata? Kat Negeri "You'll Never Walk Alone" sana tu, ada sekumpulan remaja belasan tahun yang betul-betul berani dan bongok sekali melakukan rompakan bersenjata.

Salah seorang baru berusia 13 tahun tetapi tetap berupaya berlagak biasa dengan senapang patah ketika merompak selama 10 hari hingga mencetuskan ketakutan di sebuah bandar di Liverpool. Polis menemui gambar Jobe Kilbride, 13 sedang memegang senjata itu yang dimuat turun oleh rakannya dari telefon bimbitnya.

Samseng berusia belasan tahun itu adalah anggota termuda satu kumpulan terdiri dari lima orang yang melakukan rompakan selama 10 hari di seluruh Liverpool pada April dan Mei lalu, Sepanjang melakukan rompakan itu, kumpulan berkenaan yang anggotanya berusia dari 13 hingga 18 tahun, mensasar pemandu teksi dan peniaga kedai dan sepanjang kegiatan mereka, sekurang-kurangnya seorang lelaki ditembak.

Semalam, mereka mula menjalani hukuman dengan jumlah lebih 20 tahun selepas mereka ditangkap polis.Ketua kumpulan, Bradley Beveridge, 18, diawasi polis sejak berusia awal belasan tahun dan sudah didapati bersalah terhadap beberapa jenayah.

Dia memaki hamun Hakim Mark Brown ketika dibawa keluar dari Mahkamah selepas dijatuhi hukuman.Kilbride dipenjara empat tahun sementara abangnya, Declan, 16, sembilan tahun.

Declan Culshaw, remaja berusia 15 tahun, yang turut terbabit dalam rompakan terakhir kumpulan itu sebelum ditangkap, dipenjara lima tahun sementara seorang lagi remaja berusia 14 tahun, Dylan Currie, dijel enam tahun.Hakim menarik balik larangan sekatan menyebut nama pesalah bagi membolehkan akhbar menyiarkan nama kumpulan itu.

GB - Nak sangat jadi perompak yea? Hah, dudukla korang dalam lokap tu.

Mati Dipijak Gajah Sarkas


Gajah memang merbahaya. tapi jangan disangka semua gajah jinak ni baik dan lemah lembut..Sejinak mana pun dia, dia tetap Gajah..Dia tak akan jadi sejinak kucing..Ni cerita sadis dari Hanoi, Vietnam.

Ceritanya bermula sewaktu budak perempuan ni pergi menonton pertunjukan sarkas. Dia ingat gajah ni jinak, dan boleh dibuat main macam iguana kot. Dia pun dengan berani cuba memberikan gajah ni tebu.

Entah apa sebabnya, gajah sarkas ni terus menangkap budak perempuan tu dengan belalainya, mencampak mangsa ke tanah dan memijaknya hingga mati.

Mangsa, Nguyen Thao Anh, mati serta-merta di tempat kejadian.

Polis berkata, kejadian berlaku di Lao Cai yang terletak bersempadan dengan China.



GB - Jangan la cuba nak main dengan gajah kalau tak cukup ilmu. Walaupun hanya nak bagi makan..Emosi haiwan ni bukan boleh jangka..

Beratur Separuh Bogel Sebab Pakaian Free

Sebahagian dari mereka yang beratur panjang.

Cuba bayangkan anda tidur tanpa memakia apa-apa pakaian. Kemudian, pasang air-con pada tahap maksimum. Berapa lama boleh tahan agaknya? Kat Madrid, Sepanyol, sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin.

Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma.

Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu.

Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon. (Pergh!! 1 pagi dah terpacak depan kedai?)

Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka.

"Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares.

"Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya.

Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. - Agensi

GB - Kalau dah nama pun nak dapat benda free...Buat apa pun orang sanggup..Walaupun terpaksa menggadai maruah...Tak kira lah kat Madrid ke, Jepun ke, Amerika ke, kat Malaysia pun tak mustahil jugak...betul tak?

Penari Bogel Laris


Siapa suka tengok penari bogel? Sesetengah orang sebut Tiger Dance. Tapi kali ni ia dah jadi Lion Dance pulak..Sebab terjadi di negara jiran kita, Singapura.Khidmat penari bogel mendapat permintaan tinggi di Singapura walaupun aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara.

Sungguhpun polis mempunyai kuasa menyerbu mana-mana tempat termasuk kediaman persendirian yang disyaki menjalankan aktiviti tidak senonoh itu, ia gagal menghalang penari-penari bogel Singapura daripada mengiklankan perkhidmatan mereka.

Kebiasaannya para penari bogel di Singapura terdiri daripada pekerja kolar putih berusia dalam lingkungan 20-an.

Mereka menjadi penari eksotik selepas waktu pejabat untuk memenuhi permintaan golongan heteroseksual dan juga gay di pulau berkenaan.

Pemilik agensi hiburan tempatan 2niteok Entertainment, Bryan Tan yang menjadi penari bogel selama lapan tahun berkata, perkhidmatan tarian itu mendapat permintaan tinggi kalangan penduduk pulau berkenaan.

“Tarian bogel adalah biasa di Barat tetapi kini ia semakin digemari di Singapura,” kata Tan yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran pada waktu siang.

Menurut laman web syarikatnya, caj untuk melanggani tarian separa bogel ialah Sg$300 (RM736) untuk persembahan selama 20 minit manakala bayaran Sg$400 (RM981) dikenakan untuk tarian bogel sepenuhnya.

Bagi penari bogel wanita pula, mereka biasanya memakai coli dan seluar dalam semasa melakukan persembahan.

“Lelaki lebih gemar melihat wanita memakai pakaian berbanding berbogel sepenuhnya,” kata seorang eksekutif wanita, Jasmine Tan, 28, yang menjadi penari bogel untuk tiga atau empat kali sebulan.

Rata-rata penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif. – AFP

GB - Bukan konservatif..tapi masih ada yang masih ada ahli keluarga yang berpegang pada agama...Tak ada agama yang membenarkan tarian bogel...Entah ada agama ke tak diorang ni...tau pun takut kantoi...

Saturday, November 19, 2011

(Cerita) Peminat Mawi dan Side B


Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mental itu.....
"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tu pun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya..
"betul jugak"

GB - Kadang-kadang pemikiran orang gila lebih waras dari orang tak gila..

(Cerita) Babai Mak...


Suatu petang di sebuah 'supermarket'....Seorang lelaki muda tengah berjalan di bahagian barang-barang dapur apabila dia terperasan seorang perempuan tua yang tengah memandangnya dengan mata yang tak berkelip-kelip. Lelaki muda itu pun terasa pelik..dia terus berjalan ke bahagian buah-buahan tapi dari ekor matanya dia perasan lagi yang perempuan tua tu masih juga memandang dan mengekorinya.

Last-last lelaki tu pun buat dek jer, sebab dia ingat dia yang perasan. Lepas mengambil dua tin sardin dan lima biji epal, lelaki muda tu pun berjalan menuju ke kaunter untuk membayar barang-barangnye tetapi di pertengahan jalan perempuan tua tadi tuh cepat-cepat memintas dan berdiri di depannya.

"maafkan mak cik nak!!" kata perempuan itu.
"Makcik minta maaf bebanyak kiranya anak tak selesa ngan pandangan mak cik tadi. Mak cik bukannya apa, cuma wajah anak ni serupa macam arwah anak makcik yang meninggal bulan lepas"

Mendengarkan kata-kata perempuan tua itu barulah dia paham kenapa perempuan itu asyik aje memandangnya. Timbul rasa kesian dihati lelaki itu.

"Oh, begitu ke ceritanya mak cik? maaflah saya tak tahu. Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya lelaki muda itu.
"Aaaa.... mak cik ada satu permintaan kecil kalau anak tak keberatan" kata perempuan itu.
"Bila mak cik dah nak jalan keluar boleh tak anak lambai dan cakap 'babai...mak!!'? Terubat betul rindu mak cik jika anak dapat tolong sebab arwah anak makcik selalu buat macam tuh pada makcik".
"Oh boleh... takde masalah,"kata lelaki muda tu. Setelah cashier memasukkkan semua barang-barangnya ke dalam plastik, perempuan tua itu pun berjalan keluar dan melambai tangannya ke arah lelaki muda itu. Lelaki muda itu pun melambaikan tangannya kembali dan melaung

"Babai…mak!!!!".

Setelah memerhatikan perempuan tua itu hilang dari pandangan dengan hati yang kesian, lelaki itu pun bergerak ke cashier untuk membayar barang-barangnya.

"Jumlah semuanya RM130.70 ye encik," kata cashier supermarket tuh. Terkejut lelaki tu mendengar kata-kata cashier tuh.
"Eh, kenapa mahal sangat ni cik, saya beli barang sikit jer macamana plak sampai seratus lebih ni?" Tanya lelaki itu.
"Habis tu mak awak kata awak nak bayarkan untuk dia sekali!" kata cashier tu…..

"Haah???????!!!!"....

GB - Berhati-hatilah dengan panggilan keramat MAK...jangan salah guna pulak ea?

Pesta Bogel Lepas Konvo. WTF?

Kalau ada event macam ni kat Malaysia, sukalah student2 kita ye tak?

Ini merupakan cerita yang agak goblok dan WTF jugaklah. Presiden Korea Selatan Lee Myung-bak mengatakan, reformasi pendidikan merupakan salah satu agenda utama negara tahun ini. Well, itu bukan perkara pokoknya.

Lee mengumumkan dasar tersebut setelah menyaksikan puluhan gambar telanjang para remaja yang merayakan pesta graduasi mereka.

Gambar bogel beberapa remaja yang berpesta bogel ini muncul di laman internet dan mengejutkan ibu bapa mahupun guru.

Pelbagai komen-komen negatif terhadap karenah para remaja muncul.

“Mereka telah menodai adat istiadat, kebudayaan dan keramahan bangsa ini. Namun masalah yang asas adalah bagaimana menyedarkan para pelajar tentang makna sebuah pendidikan,” kata Lee.

Minggu lalu, Lee menyebut masalah tersebut sebagai anjakan budaya yang melanda remaja adalah masalah dan penyakit serius yang harus segera dibanteras.

“Kita perlu mula melakukan pendekatan terhadap para remaja melalui kepentingan budaya dan adat istiadat dan menanamkannya dalam fikiran mereka,” kata Lee.

GB - Kan bagus kalau buat kenduri baca doa selamat ke, sukaneka ke, kan lagi berfaedah..

Friday, November 18, 2011

Mati Selepas Warnakan Rambut

Tabatha

Seorang remaja meninggal dunia berikutan serangan drastik yang melanda dirinya selepas 20 minit dia mewarnakan rambutnya.

Tabatha McCourt, 17 tahun mula menjerit dan muntah-muntah sebelum rebah kesakitan di rumah kawannya. Pasukan perubatan sedang menyiasat kemungkinan bahawa dia mendapat tindak balas yang jarang berlaku akibat alergik kepada bahan kimia yang berada dalam pewarna rambut.

Rakan baik remaja terbabit, Goodhall Heather berkata, "Tabatha sentiasa mewarnakan rambut dengan warna yang berbeza. Dia menggunakan perwarna itu kira-kira 20 minit sebelum dia bangun dan pergi ke bilik mandi".
"Dia datang semula beberapa minit kemudian, duduk di kerusi itu dan kemudian wajahnya penuh ketakutan dan menarik foils dari rambutnya. Dia mula menjerit," tidak, tidak " dan teman lelaki ibu saya memegangnya dan cuba untuk menenangkannya. Keadaan itu benar-benar menakutkan. Mukanya kelihatan pucat dan kemudian dia mula sakit. Dia kelihatan seperti anak patung buruk, tempang dan hanya berbaring di situ. '

Tabatha kemudian dikejarkan ke Hospital Besar Monklands, Lanarkshire selepas kejadian itu berlaku di Airdrie. Dia kemudiannya meninggal dunia. Heather menangis sambil menambah: "Ia semua seolah-olah seperti satu mimpi.
'Tabatha adalah seorang kawan yang hebat, begitu murah hati dan merupakan seorang yang periang dalam hidupnya. Kami sedang merancang bersama untuk membuat parti ulang tahun ke-18 kami tahun depan. Saya tidak percaya dia akan pergi. '

Tabatha tinggal dengan ibu bapanya Margaret dan Peter bersama adik-beradiknya iaitu Tiffany, 15 tahun dan Jasmine, 11 tahun.

Polis berkata, kematian itu tidak dapat dijelaskan dan bedah siasat akan dijalankan untuk mengetahui punca kematian. Bahan kimia yang dipanggil P-Phenylenediamine p dilaporkan telah dicadangkan sebagai kemungkinan penyebab kematiannya.

GB - Takut nak warna rambut sebab benda macam ni la...dalam pewarna rambut tu ada bermacam-macam bahan kimia..so berhati-hatilah...

Asyik Melakukan Seks, Tak Sedar Kereta Masuk Sungai


Nafsu sememangnya membuatkan manusia lupa daratan. Apabila nafsu sudah mula menguasai akal dan fikiran yang sihat tidak mampu lagi untuk bertahan, yang ada hanyalah hasrat untuk melampiaskan nafsu semata.

Mungkin inilah sebabnya sepasang kekasih yang sedang dirasuk nafsu berahi ini tidak lagi berhati-hati dan waspada ketika meletakkan kereta mereka di tepi sungai sehingga tidak sedar brek tangan kereta mereka tidak dapat berfungsi.

Ketika mereka berdua sedang mabuk asmara didalam kereta sehingga tidak sedar akibat kereta mereka bergoyang, kereta yang mereka naiki sedikit demi sedikit bergerak ke arah tanah yang lebih rendah. Yang lebih menyedihkan kereta yang mereka naiki tadi bergerak menuju sungai Rhine di Cologne Jerman, sehingga akhirnya kereta yang mereka gunakan untuk melampiaskan nafsu itu pun masuk kedalam sungai yang sememangnya deras arusnya.

Untungnya mereka ialah saat kejadian tersebut berlaku, ada ndividu yang melihat kereta tersebut jatuh ke sungai sehingga pasukan penyelamat dan pihak polis segera melakukan aktiviti menyelamat. Seperti diberitakan dari laman Metro United Kingdom, ketua pasukan penyelamat polis tempatan mengatakan sebelum ini juga pernah ada kejadian serupa di kawasan yang sama iaitu pasangan Jochen Ransett yang berusia 56 tahun dan isterinya Maria dimana kenderaan mereka juga bergerak ke dalam sungai semasa mereka melakukan hubungan seks di dalam kereta dikawasan tersebut.

GB - Dah kantoi, menyusahkan orang pulak..Nasib baik ada orang nampak...

Wednesday, November 16, 2011

Saintis Cipta Manik Dari Abu Mayat


Saintis menunjukkan kristal yang telah siap diproses

INCHEON, Korea Selatan - Rakyat Korea Selatan mencuba kaedah baharu untuk memperingati orang kaum keluarga dan sanak saudara yang sudah tiada.

Sekitar 500 orang telah menukar abu mayat orang tersayang mereka menjadi manik melalui perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Bonhyang di sini, selatan bandar raya Seoul.

Seorang lelaki berusia 69 tahun, Kim II-nam menggali kubur bapanya dan menyerahkan mayat bapanya untuk dibakar.

Dia membayar AS$870 (RM2,728) untuk abu mayat bapanya diproses menjadi manik-manik kristal menyerupai batu permata.

"Setiap kali saya melihat manik-manik ini, saya menganggap ia adalah bapa saya dan saya akan mengingati hari-hari bahagia bersamanya," kata II-nam.

Pengasas Bonhyang, Bae Jae-yul berkata, manik-manik itu membolehkan orang ramai berada dekat dengan saudara-mara mereka yang telah mati.

"Manik-manik kami bersih dan tidak berbau," katanya.

Menurut Jae-yul, syarikatnya menggunakan suhu yang amat tinggi untuk meleburkan abu mayat sehingga abu berkenaan bertukar menjadi kristal berbentuk manik. Proses itu memakan masa selama 90 minit. - Agensi

GB - Patutnya tempat abu tu kat dalm tanah..Bukan untuk dibuat hiasan..



Tuesday, November 15, 2011

Selepas Setahun Baru Tahu Suami Seorang Wanita


Seorang wanita India yang tinggal bersama suaminya selama setahun akhirnya mengetahui rahsia besar suaminya. Ternyata suaminya adalah seorang wanita!.

Minati Khatua yang berumur 26 tahun, dari Rourkela, mengatakan yang dia dan keluarganya sangat yakin bahawa Sitakant Routray ,28 tahun adalah seorang lelaki sejati.

"Dia membuat seluruh ahli keluarga saya yakin dan membuatkan mereka bersedia menikahkan saya dengannya" beritahu Minati.

Sepertimana tradisi yang dilakukan di India, Sitakant menerima mas kawin termasuk sebuah kereta model Indica, hiasan emas dan wang tunai lebih dari RM1700.

Tapi kecurigaan Minati mulai muncul setelah pernikahan berlangsung apabila suaminya Sitakant menghindari untuk melakukan hubungan seks dengan alasan tidak mahu melanggar sumpah agama.

"Saya selalu mencuba untuk mengetahui jenis kelaminnya tetapi selalu gagal dan gagal lagi" katanya kepada Calcutta Telegraph.

"Namun pada suatu hari saya berjaya membuka pintu kamar mandi ketika dia sedang mandi. Kegusaran saya ternyata menjadi kenyataan. Dia adalah seorang wanita," tutupnya.

Inspektor Jyotirmaya Hota mengatakan bahawa pihak polis kini sedang menjalankan siasatan mengenai kes tersebut.

GB - Kantoi la pulak...Agak-agak apa motif 'suaminya' tu buat macam tu yea?

Hikayat Burung Botak


Ada seekor burung, dia amat disayangi oleh tuannya kerana dia sangat pandai bercakap.

Pada suatu hari, tuannya telah mengadakan satu party harijadi untuk anaknya dan kerana kegembiraannya, beliau telah menempah kek coklat 3 tingkat dan membenarkan burungnya terbang bebas semasa party itu berlangsung.

oleh kerana terlalu gembira, burung itu telah terbang dan menyapa semua tetamu yang hadir sambil berkata 'happy birthday'.

ketika asyik terbang, burung itu sakit perut lantas telah terberak di atas kek harijadi anak tuannya.

apa lagi, mengamuklah si tuan burung. dengan bengangnya, tuan burung itu telah mencabut bulu burung itu sambil menyumpah-nyumpah.

burung yang telah botak itu dimasukkan kembali ke dalam sangkar dan telah bertenggek dengan monyoknye.

namun, dalam kesedihannya, dia masih mengucapkan 'happy birthday' kepada tetamu yang melintasi sangkarnya.

Tiba-tiba, ada la sorang mamat botak yang gagah perkasa dan bermuka garang telah duduk bersandar di sebelah sangkarnya. burung itu merasa berbunga-bunga dan ingin berborak dengan mamat tersebut.

lalu burung itu menyapa mamat tersebut. " berak atas kek jugak ke?"

mamat yang kebingungan itu menggelengkan kepalanya sambil bertanya, "Kenapa?"

Lalu si burung menjawab, " Tu kepala botak tu.."


GB - Moral : Janganlah berak kat atas kek...

Mengawan Setiap Hari


Rahim dan isterinya, Milah telah pergi melawat ke satu ladang lembu dan kami berhenti di setiap kandang tempat lembu lembu di biak.

Mereka sampai di kandang pertama dan ada satu papan tanda yang di letakkan yang menyatakan,

LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 50 KALI TAHUN LEPAS.
Milah secara jenaka mencuit Rahim dan dalam senyum berkata :
'Dia mengawan 50 kali tahun lepas.'

Kami kemudian pergi ke kandang kedua yang ada papan tanda berikut :
''LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 150 KALI TAHUN LEPAS '

Sekali lagi Milah mencuit Rahim dan berkata :
'WOW Itu dah lebih dari dua kali seminggu.Abang boleh belajar banyak dari dia .'
Mereka berjalan pula ke kandang seterusnya dan di situ ada papan tanda dalam huruf besar yang menyatakan :

'LEMBU JANTAN INI TELAH MENGAWAN SEBANYAK 365 KALI TAHUN LEPAS'

Milah menjadi girang dan mencuit Rahim dengan kuat dan berkata :
'Itu bermakna sekali setiap hari.Abang MEMANG boleh belajar banyak dari lembu jantan ini " !!!

Rahim memandang isterinya dan berkata kepadanya,"

'Awak pergi tanya lembu jantan tu, selama 365 hari itu, adakah dia mengawan dengan LEMBU BETINA TUA YANG SAMA SETIAP KALI ??

GB - Terimalah seadanya...

Cocok Bontot Aminah

Cuma gambar hiasan.

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa.

Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?".

Takde sape jawab. Ada ar sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit.

Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.

Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan.

"Sape pencipta alam dan segalanya?"

Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit
"YA ALLAH!!"

Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan.

"Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?"

Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata
"Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!"

Ustazah tu terus pengsan.
GB - Jangan tidur dalam kelas agama..

Pandu Kereta Di Bawah Lori

Hah! Korang tengok Fast & Furious 4, scene masa diorang nak rompak tanker minyak tu? Bukan mudah nak buat. Tapi ada yang mampu buat. Mat Salleh la.

Kereta sport Mazda MX-5 yang dipandu lelaki tersebut menyelinap di bawah treler 18 tayar itu yang bergerak selaju 64 kilometer di sebatang jalan yang sibuk di negeri Florida.

Dia kemudian bergerak keluar dari bawah treler itu dan terus memandu pergi.

Kalau ada sesape yang nak buat macam ni, sila penuhkan ilmu dulu yea? Kalau ilmu takde, sila tulis wasiat awal-awal...

Gula-Gula Getah Meletup, Rahang Pelajar Hancur.


Polis Ukraine mengesahkan seorang pelajar kimia sebuah cawangan Institut Politeknik Kiev, Vladimir Likhonos, yang berusia 25 tahun maut apabila gula-gula getah tiba-tiba meletup sehingga menghancurkan sebahagian mukanya.

Jurucakap polis Elvira Biganova memberitahu, pelajar itu secara tidak sengaja mencampurkan sejenis bahan letupan ke dalam gula-gula getah yang digunakan dalam kajiannya.

Menurutnya, Likhonos sepatutnya mengambil asid sitrik untuk memberi rasa masam ke dalam gula-gula getah itu.Namun, dia tersilap mengambil serbuk letupan.

"Letupan itu menghancurkan rahang dan bahagian bawah wajahnya," ujarnya.
Jurucakap itu berkata, polis menemui 100 gram serbuk yang disyaki bahan letupan di atas meja yang mirip asid sitrik.

Beberapa pekerja perubatan yang berada di tempat kejadian gagal untuk menyelamatkannya.
"Sesiapa sahaja mungkin telah mencampurkan bahan letupan itu," kata jurucakap tersebut yang mengulas kejadian pada Sabtu lalu itu.

Kejadian itu berlaku di dalam bilik di rumahnya. Letupan itu menyebabkan ibu bapanya terkejut dan meluru ke biliknya sebelum mendapati anak mereka terbaring dengan rahangnya hancur.

GB - Selalunya orang makan gula-gula getah kena tiup jadi bubble dulu baru boleh letupkan...Ini tak payah tiup jadi bubble pun. Kunyah 2 3 kali, meletup lah dia..Ada yang berani?

Atlit Taekwondo Buka Rumah Pelacuran

Logan bersama kakitangannya

Seorang ahli seni mempertahankan diri taekwondo, Logan Campbell dari New Zealand membuka rumah pelacuran.

Menurutnya, wang hasil daripada perniagaan itu akan digunakan bagi membiayai persediaannya menyertai Sukan Olimpik di London pada 2012.
Campbell berkata, dia berharap rumah pelacurannya itu boleh menjana pendapatan sebanyak AS$815,837 (RM2.92 juta).

Menurutnya, dia membelanjakan AS$375,271 (RM1.34 juta) ketika menyertai acara taekwondo di Sukan Olimpik Beijing.
Dia yang berumur 23 tahun berada dalam senarai ke-16 terbaik ketika menyertai acara itu.

Ibu bapanya menampung sebahagian besar perbelanjaannya ketika dia menyertai Sukan Olimpik tahun lalu.

Campbell berkata, keazamannya untuk mengelak ibu bapanya menampung sebahagian besar perbelanjaannya ke Sukan Olimpik menyebabkan dia menceburi bisnes pelacuran dengan rakannya, Hugo Phillips yang berumur 20 tahun.

GB - Kalau ye pun nak cari duit, buka lah rumah sembelihan ayam ke, pusat penternakan ayam ke, ini jadi bapak ayam pulak...

Lelaki 92 Tahun Dilarang Berkahwin Gadis Muda

Gambar hiasan.

Pihak berkuasa Mesir menghalang hasrat seorang lelaki berusia 92 tahun untuk mengahwini gadis miskin yang 75 tahun lebih muda daripadanya.

Pelancong Arab Saudi yang identitinya dirahsiakan itu melamar gadis berumur 17 tahun tersebut dengan menawarkan mas kahwin sebanyak AS$28,000 (RM91,560) dan sejumlah barang kemas, kata satu sumber.

"Keluarga gadis itu merupakan orang susah, mereka menerima pinangan itu," tambahnya.
Undang-undang Mesir menghalang perkahwinan yang melibatkan jarak umur 25 tahun serta lebih.

GB - Kalau dah suka, kahwin je la...Kalau tak boleh sangat, bawak je ke Siam nu..heh

Kantoi Onani Tepi Dinding

Hah! Buat apa tu? asyik betul mamat ni melayan perasaan tepi belebas. Sape la yang dia bayangkan tu sampai orang ambik gambar pun dia tak perasan....Kot ye pun, cari la tempat yang takde orang brader...

Dilarang Keluar Rumah Kerana Wajah seperti SYAITAN

Paslow dengan wajahnya

Seorang penduduk di Kampung Seasalter, Kent, Britain iaitu Gavin Paslow dilarang keluar rumah pada waktu malam oleh pihak berkuasa.

Kesalahan yang dilakukannya ialah dia menjalani pembedahan bagi membolehkan wajahnya kelihatan seperti syaitan dengan menggunakan wang bantuan sara hidup dan perumahan berjumlah £3,552 (RM20,861).

Paslow yang berumur 39 tahun dikenakan perintah berkurung dari pukul 5 petang hingga 5 pagi di rumahnya dan dia perlu memakai teg elektrik supaya pihak berkuasa boleh mengesan pergerakannya.

Dia menjalani pembedahan supaya dua tanduk terdapat di dahinya manakala lidahnya kelihatan seperti bercabang dua.
Paslow mengaku di sebuah mahkamah majistret melakukan tujuh kesalahan penipuan sara hidup bagi membiayai pembedahan itu.

"Ia merupakan kesilapan bodoh. Saya meminta maaf. Saya berasa amat kesal," katanya yang merupakan duda dua anak.

GB - Tu la..Dah elok-elok jadi orang, kau nak jadi setan..Kan dah susah...

Monday, November 14, 2011

Super Duper Computer LOL


COSTELLO CALLS TO BUY A COMPUTER FROM ABBOTT.

ABBOTT : Super Duper computer store. Can I help you?

COSTELLO : Thanks. I’m setting up an office in my den and I’m thinking about buying a computer.

ABBOTT : Mac?

COSTELLO : No, the name’s Lou.

ABBOTT : Your computer?

COSTELLO : I don’t own a computer. I want to buy one.

ABBOTT : Mac?

COSTELLO : I told you, my name’s Lou.

ABBOTT : What about Windows?

COSTELLO : Why? Will it get stuffy in here?

ABBOTT : Do you want a computer with Windows?

COSTELLO : I don’t know. What will I see when I look at the windows?

ABBOTT : Wallpaper.

COSTELLO : Never mind the windows. I need a computer and software.

ABBOTT : Software for Windows?

COSTELLO : No. On the computer! I need something I can use to write proposals, track expenses and run my business. What do you have?

ABBOTT : Office.

COSTELLO : Yeah, for my office. Can you recommend anything?

ABBOTT : I just did.

COSTELLO : You just did what?

ABBOTT : Recommend something.

COSTELLO : You recommended something?

ABBOTT : Yes.

COSTELLO : For my office?

ABBOTT : Yes.

COSTELLO : OK, what did you recommend for my office?

ABBOTT : Office.

COSTELLO : Yes, for my office!

ABBOTT : I recommend Office with Windows.

COSTELLO : I already have an office with windows! OK, let’s just say I’m sitting at my computer and I want to type a proposal. What do I need?

ABBOTT : Word.

COSTELLO : What word?

ABBOTT : Word in Office.

COSTELLO : The only word in office is office.

ABBOTT : The Word in Office for Windows.

COSTELLO : Which word in office for windows?

ABBOTT : The Word you get when you click the blue ‘W’.

COSTELLO : I’m going to click your blue ‘W’ if you don’t start with some straight answers. What about financial bookkeeping? You have anything I can track my money with?

ABBOTT : Money.

COSTELLO : That’s right. What do you have?

ABBOTT : Money.

COSTELLO : I need money to track my money?

ABBOTT : It comes bundled with your computer.

COSTELLO : What’s bundled with my computer?

ABBOTT : Money.

COSTELLO : Money comes with my computer?

ABBOTT : Yes. No extra charge.

COSTELLO : I get a bundle of money with my computer? How much?

ABBOTT : One copy.

COSTELLO : Isn’t it illegal to copy money?

ABBOTT : Microsoft gave us a license to copy Money.

COSTELLO : They can give you a license to copy money?

ABBOTT : Why not? THEY OWN IT!

( A few days later )

ABBOTT : Super Duper computer store. Can I help you?

COSTELLO : How do I turn my computer off?

ABBOTT : Click on 'START'....

Nenek Ni Masih Melacur Walau Sudah Berusia 96 Tahun

Milly Cooper

Setelah kematian suami yang merupakan seorang anggota tentera ketia era Perang Dunia Ke-2, Milly Cooper merasa sangat sunyi dan mula berjinak-jinak dengan aktiviti sundal. Dan sejak itu, dia terus aktif melacur dan sehingga kini, dipercayai dia telah ditiduri lebih dari 3500 kali. Dan ketika usianya yang semakin di ambang senja, masih ada yang mahu menggunakan khidmat nenek tua ini walaupun tidak seramai dulu. Para pelanggannya terdiri dari lelaki berusia 29 hingga 92 tahun. Hairan juga kerana masih ada yang mahu meratah tubuh nenek kerepot ini.

Cooper kini tinggal sendirian di Las Vegas setelah berpindah dari London Timur. Sepanjang hidupnya, dia pernah bertekad untuk berhenti melacur namun ia hanya mampu bertahan untuk tempoh 5 tahun sahaja kerana anak perempuannya pegi meninggalkannya lantaran keadaan hidup yang tidak menentu. Dan akhirnya, Cooper terus melacur hingga kini.

Cooper pernah bekerja sebagai ibu ayam dan menguruskan rumah pelacuran dan pada waktu itulah dia berkenalan dengan seorang lelaki yang akhirnya menjadi suami keduanya pada 1955. Pada ketika itu, dia memiliki lebih 10 orang pelacur muda yang bekerja di bawahnya.

Walaupun sudah berusia 96 tahun, Cooper masih mempunyai payudara yang besar walaupun tubuhnya kurus kering dan untuk pengetahuan anda, bayaran yang dikenakan Cooper untuk sekali langganan pada waktu ini adalah sekitar 800 pound sterling dan mampu memperoleh 50 ribu pound sterling setahun.

GB Memang padanlah dia tak mahu berhenti..Bawak-bawaklah bertaubat makcik oi...

Remaja Kemalangan Sebab Kantoi Asmara Di Lebuhraya

Kereta MyVi yang dinaiki suspek.

JITRA: Akibat panik melihat kehadiran kereta peronda Projek Lebuhraya Utara-Selatan (Plus), seorang pelajar lelaki memecut kereta dinaiki bersama kekasihnya sebelum terbabit dalam kemalangan di Kilometer 17.8 Lebuhraya Utara-Selatan di sini, semalam.

Berikutan itu, pelajar berusia 19 tahun dari Kulim, cedera di kepala manakala teman wanitanya, juga berusia 19 tahun, retak kaki dan cedera di pinggang selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terbabas lalu melanggar pembahagi jalan serta pokok.

Kejadian berlaku jam 1.30 pagi dalam keadaan permukaan jalan licin dan basah selepas hujan.

Difahamkan, kedua-dua pelajar berkenaan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Perlis, kini dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar dan Hospital Jitra, di sini.

Sebelum itu, pasangan terbabit sedang berasmara dalam kereta di tepi lebuh raya dan sebaik melihat sebuah kereta peronda Plus membuat rondaan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Ibrahim Mohd Yusoff berkata, anggota peronda Plus yang sedang meronda melihat sebuah kereta berhenti di tepi lebuh raya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan.

Menurutnya, tanpa sempat berbuat apa-apa, pemandu Perodua Myvi terbabit memecut kenderaannya dipercayai terkejut dengan kehadiran anggota berkenaan.

GB - Kantoi di tepi Highway..Nasib baik korang hidup lagi..Tau takut...

Budak 5 Tahun Memandu Kereta Sendirian Mencari Ibu

Ameleah bersama ibunya dengan kereta mereka.

MANSFIELD - Seorang gadis berusia lima tahun berusaha mencari ibunya dengan memandu kereta keluarga lalu menghubungi polis.

Kereta tersebut sempat berjalan hingga akhirnya masuk ke kawasan rumah jirannya.

Gadis cilik bernama Ameleah Kegley, akhirnya menghubungi polis dan mengatakan bahawa kereta milik keluarganya t erlibat dalam kemalangan. Dia pun mengatakan bahawa ibunya pasti akan sangat marah kepadanya.

Polis mengatakan, pada saat pulang dari sekolah di rumahnya di Mansfield, Ohio, Ameleah gagal mencari ibunya di rumah. Setelah beberapa lama mencari, dia yakin ibunya tiada di rumah.

Khuatir terjadi sesuatu kepada ibunya, Ameleah pun memutuskan untuk mencari ibunya dengan menggunakan kereta milik ibunya, Lincoln Navigator tahun 1999.

"Kanak-kanak itu nampaknya mengikuti semuanya sama seperti apa yang dilakukan ibunya ketika berada di dalam kereta," ujar petugas polis Ryan Grimshaw, seperti dipetik dari laman Orange, Isnin(31/10/2011).

Polis pun akhirnya berjaya menemui ibu kanak-kanak tersebut yang sedang berada di hospital kerana masalah kesihatan.

Polis kemudiannya menggugurkan dakwaan terhadap kanak-kanak itu.

GB - Nasib baik ada kereta kat rumah. Buatnya mak dia ada sebuah bas, tak haru dibuatnya?

Kilang Menjual Organ Manusia

Anda terjumpa mayat tapi tak tahu nak hantar mayat tersebur ke mana? Anda boleh hantar kat tempat ni. Mayat-mayat yang telah mati kerana memandu dalam keadaan mabuk, mereka yang merempat sendirian kerana mati akibat beku di musim sejuk serta mayat penghuni penjara yang tidak dituntut telah dikumpulkan serta dijual kepada beberapa Universiti di seluruh dunia.

Tulang kaki pula dieksport kepada farmasi di Ireland dan Jerman untuk menghasilkan bahan yang digunakan untuk menampal gigi yang berlubang dan amat popular di Eropah. Lokasi tempat ini tidak pula diketahui.

Longgokan mayat sedia untuk dibedah siasat

Siap ada kerani lagi...


Mayat ni baru sampai kot..

Mata dah siap untuk dijual...

GB - Walaubagaimanapun, semua organ ni dijual bagi tujuan perubatan dan pendidikan. Tapi tak mustahil urusniaga secara haram pun ade jugak kan?

Tersilap Buang Bayi Yang Masih Hidup

Menyedari kesilapan mereka, jururawat mengambil semula bayi berkenaan.

SEBUAH hospital di Selatan China menggantung empat pegawai perubatannya kerana membuang seorang bayi yang baru dilahirkan secara pra matang yang disalah anggapkan sebagai sudah meninggal dunia.

Bayi malang itu dimasukkan ke dalam sebuah beg plastik dan kemudiannya ditinggalkan di dalam bilik air hospital.

Selepas beberapa ketika melahirkan, Liu Dongmei berkata dia diberitahu oleh jururawat hospital bahawa bayi lelakinya telah mati semasa dilahirkan.

Bagaimana pun kesilapan itu hanya disedari selepas 30 minit kemudian apabila salah seorang saudara mendapati bahawa bayi lelaki itu masih bergerak-gerak.


Huang Lichuan, pengarah Gynecology dan Obstetrics hospital tersebut mengakui bahawa doktor dan jururawat yang terlibat telah menunjukkan sikap sambil lewa.

"Mereka (4 orang Staff) mesti bertanggung jawab" katanya seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily Jumaat lalu. Nama dan jawatan pekerja yang digantung itu bagaimana pun tidak dinyatakan.

Liu, 23 mengandung 7 bulan sewaktu dia sampai di Nanhai Red Cross Hospital pada 23 Oktober bersama suaminya, Wang Haizhang, 24. Dia dimasukkan ke wad selepas mengalami sakit perut. Tiga hari kemudian, dia diarahkan ke wad bersalin.

"Walaupun suami saya telah memberitahu doktor berulang kali di antara pukul 3 hingga 5 am, bahawa saya sudah hendak bersalin, doktor hanya tiba sewaktu beberapa minit sebelum saya bersalin" kata Liu seperti yang dipetik oleh Nanfang Daily.

Apa yang berlaku pada waktu itu tidak begitu jelas. Difahamkan bahawa doktor memeriksa keadaan wanita tersebut dan terus berlalu pergi, membiarkan dua orang jururawat menguruskan kelahirannya.

Sebaik sahaja selesai melahirkan, Liu dimaklumkan bahawa bayinya telah meninggal dunia kerana ia tidak menangis. Ia kemudiannya dibungkus di dalam sebuah beg plastik kuning dan dicampakkan di bilik air berhampiran.

Bagaimanapun, adik ipar Liu, Wang Heping tiba kira-kira 30 minit kemudian dan meminta untuk melihat jasad bayi tersebut sebelum menyaksikan beg plastik tersebut bergerak-gerak.

Menyedari kesilapan mereka, kaki tangan hospital dengan segera memindahkan bayi tersebut ke unit rawatan rapi.

"Selepas bersalin, jururawat memberi tahu bahawa bayi saya adalah bayi perempuan, sebaliknya saya sebenarnya telah melahirkan bayi lelaki" kata Liu.

Tambahnya lagi "Beratnya hanya 1.9 kg dengan ketinggian 45 cm sewaktu dilahirkan, namun selepas seminggu dirawat di unit rawatan rapi keadaannya kini bertambah baik."

GB - Hmmm... China lagi..

Berkahwin Dalam Keadaan Berbogel

Mereka berdua sahaja yang bogel. Yang lain semua lengkap berpakaian.

Hampir setiap pasangan mengimpikan majlis pernikahan yang tak dapat dilupakan seumur hidup mereka. Seperti pasangan yang berasal dari Australia ini, Ellie Barton dan Phil Hendricott nekad mengadakan pernikahan tanpa pakaian di hadapan 250 sanak saudaranya.

Dilaporkan dari laman The Sun, mempelai wanita ini hanya mengenakan jaring putih panjang di sanggulnya. Payudara dan kemaluannya pula hanya ditutup menggunakan cat tubuh (body paint). Sementara mempelai sebelah lelaki hanya menggunakan topi untuk menutup kemaluannya. Erk!. Macam-macam.

Pernikahan itu disiarkan secara langsung oleh stesen radio B105 yang menjangkau lebih 1.000 pendengar di Brisbane.

Pasangan berusia 25 tahun itu terlihat sangat teruja dan bahagia. Mereka sama sekali tidak menunjukkan sebarang rasa malu saat mengucap janji nikah di hadapan 250 tamu undangan yang keseluruhannya berpakaian lengkap.

Ellie dan Phil ternyata bukan satu-satunya pasangan yang memilih untuk tidak menggunakan tuksedo dan gaun pernikahan yang dipenuhi kristal untuk menikah. Ada sejumlah pasangan lain yang juga berusaha menciptakan saat yang tidak terlupakan dengan melakukan pernikahan tanpa busana.

Salah satu tempat paling terkenal dengan upacara pernikahan telanjang adalah Resor Hedonisme III di Runaway Bay, St Ann. Pada perayaan Valentine 2003, sebanyak 29 pasangan tanpa busana mengucap janji di tempat tersebut. Itu menjadi salah satu pesta pernikahan telanjang terbesar.

GB - Dah takde keje lain sangat dah ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)