Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Friday, November 18, 2011

Asyik Melakukan Seks, Tak Sedar Kereta Masuk Sungai


Nafsu sememangnya membuatkan manusia lupa daratan. Apabila nafsu sudah mula menguasai akal dan fikiran yang sihat tidak mampu lagi untuk bertahan, yang ada hanyalah hasrat untuk melampiaskan nafsu semata.

Mungkin inilah sebabnya sepasang kekasih yang sedang dirasuk nafsu berahi ini tidak lagi berhati-hati dan waspada ketika meletakkan kereta mereka di tepi sungai sehingga tidak sedar brek tangan kereta mereka tidak dapat berfungsi.

Ketika mereka berdua sedang mabuk asmara didalam kereta sehingga tidak sedar akibat kereta mereka bergoyang, kereta yang mereka naiki sedikit demi sedikit bergerak ke arah tanah yang lebih rendah. Yang lebih menyedihkan kereta yang mereka naiki tadi bergerak menuju sungai Rhine di Cologne Jerman, sehingga akhirnya kereta yang mereka gunakan untuk melampiaskan nafsu itu pun masuk kedalam sungai yang sememangnya deras arusnya.

Untungnya mereka ialah saat kejadian tersebut berlaku, ada ndividu yang melihat kereta tersebut jatuh ke sungai sehingga pasukan penyelamat dan pihak polis segera melakukan aktiviti menyelamat. Seperti diberitakan dari laman Metro United Kingdom, ketua pasukan penyelamat polis tempatan mengatakan sebelum ini juga pernah ada kejadian serupa di kawasan yang sama iaitu pasangan Jochen Ransett yang berusia 56 tahun dan isterinya Maria dimana kenderaan mereka juga bergerak ke dalam sungai semasa mereka melakukan hubungan seks di dalam kereta dikawasan tersebut.

GB - Dah kantoi, menyusahkan orang pulak..Nasib baik ada orang nampak...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)