Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, August 23, 2007

Usahawan Kedekut

"Seorang pekerja sebuah stesyen tv telah menemui seorang usahawan paling berjaya untuk memohon sumbangan...

"Encik adalah seorang usahawan yang paling berjaya..bolehlah kiranya memberi sedikit sumbangan kepada pihak kami.."

Usahawan itu menjawab"Pertama.. tahukah anda yang ibu saya telah lama menderita kerana penyakit misteri? Dan dia perlu membeli pelbagai ubat-ubatan yang tak mampu dibayarnya sendiri?"

Dengan tersipu malu, pekerja itu menjawab.. "Maaf.. saya tidak tahu"

"Kedua.. tahukah anda yang abang saya.. seorang bekas tentera yang cacat dan buta dan hanya duduk di kerusi roda.. sehingga tidak dapat memberi nafkah pada isteri dan enam anaknya?"

Pekerja itu sekali lagi menjawab.. "Maaf saya tidak tahu"

"Ketiga, adakah anda mengetahui yang adik ipar saya meninggal kerana kemalangan tanpa meninggalkan sedikitpun wang pada adik perempuan saya? Ditambah lagi dengan 3 orang anak yang perlu di besarkan?"

Pekerja itu tetap menjawab.. "Tidak.. Saya tidak tahu sama sekali tentang hal itu..."

Usahawan itu menyimpulkan.."Jadi.. jika saya tidak memberikan wang pada mereka.. mengapa kamu berpikir yang saya akan memberikan wang pada kamu?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)