Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Monday, August 13, 2007

Taklah Jahat Sangat


Sepasang Suami isteri baru melangsungkan perkahwinan. Si Suami bertanya isterinya samada dia boleh mempunyai sebuah laci khas untuk dirinya sahaja. Si isterinya pun tanpa memikirkan yang bukan-bukan terus sahaja bersetuju.

Setelah 30 tahun berkahwin, si isteri tadi pun teringat kepada laci persendirian suaminya dan bila diintainya didapati didalamnya terdapat 3 biji bola golf dan duit sebanyak RM 2000.00.Si isteri tadi terus mendapatkan suaminya untuk penjelasan.

Setelah dipaksa dengan bersungguh-sungguh si suami pun terpaksa menjelaskannya. Dia menjelaskan, "setiap kali abang buat curang di luar, abang akan simpan sebiji bola golf di dalam laci".

Si isteri berfikir, "30 tahun kahwin baru ada 3 biji bola?.. Hmm taklah jahat sangat". Habis tu apa kena mengena dengan duit RM 2000.00 tu?

"Setiap kali bola golf tu cukup sedozen, abang akan jual!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)