Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Monday, August 13, 2007

Jam

Ada sekali tu ketua kampung orang asli telah dihadiahkan jam dinding oleh pihak tentera kerana menolong mereka dalam operasi.
Alangkah bangganya ketua orang asli tersebut bila jam tersebut di gantungkan di depan pintu rumahnya dan orang kampung sering datang melihat jam tersebut seolah-olah barang hiasan kerana mereka pada masa tu tak tahu bagaimana menggunakan jam untuk melihat waktu.
Suatu hari anak ketua kampung tersebut memberitahunya yang jarum jam tu telah berhenti bergerak. Masa tu punyalah ramai anak buah dia kat halaman rumah sedang melihat jam tersebut.
Maka ketua kampung tu pun konon nak tunjuk terrorlah lalu dia pun menurunkan jam tersebut dari tempat penggantungan dan membelek-belek jam tersebut depan belakang.
Beliau ternampak tempat bateri jam tersebut dan telah dengan tidak sengaja terkuis bateri itu terkeluar dari tempatnya.
Entah macam mana ada pulak bangkai seekor cicak di celah-celah tempat bateri tu...beliau pun dengan bangganya memberitahukepada anak-anak buahnya.

"OOOO...patutlah tak jalan. Drebarnya mati tershepittttt....!!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)