Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Monday, August 13, 2007

4 kaki saja!


Pada malam itu, Razi pulang lewat ke rumahnya selepas habis meminum arak di pub.

Selepas mendapati isterinya, Hana sudah tidur...dia pun terus menarik selimut dan tidur di sebelah isterinya. Dia memandang ke hujung katil dan terus mengira...1, 2, 3, 4, 5, 6.

Lalu dia mengejutkan Hana dan berkata, "Eh sayang, ada 6 kaki kat katil kita nie".

Hana menjawab dalam nada mengantuk, " Abang, lebih baik abang tidur saja, lagipun abang kan mabuk, mana mungkin 6 kaki, 4 kaki je laa".

Si Razi pun baring untuk tidur selepas bininya berkata demikian.

Tapi dia tidak dapat melupakan lagi hal tadi, lalu dia bangun untuk mengiranya semula. 1, 2, 3, 4, 5, 6....

sekali lagi dia mengejutkan bininya dan berkata, " Sayang, betul lah ada 6 kaki kat katil kita nie".

Hana yg bengang akan perangai Razi itu pun menjawab, " Apa laa abang nie, sayang nak tidur pun susah laa. Kalau tak percaya, abang bangun keluar dari katil nie. Pastu cuba kira balik".

Jadi, Razi pun bangun dari katilnya dan berdiri di hujung katilnya sambil mengira, 1, 2, 3, 4.

Kemudian dia berkata, " A'ah laa sayang, betul cakap sayang tadi...cuma ada 4 kaki saja".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)