Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Monday, August 13, 2007

Gantung Mana?


Johan dilahirkan tanpa kedua telinganya, tetapi walaupun cacat dia berjawatan tinggi di sebuah bank. Dia sangat marah kalu ada orang yang mempersoalkan tentang telinga.

Satu hari dia mahu mengambil kerani baru dan tiga orang disenarai pendek untuk sesi temuduga.
Calon pertama seorang lelaki yang mempunyai penampilan yang baik.

Di akhir temuduga, Johan bertanya satu soalan kepada lelaki itu.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya, tapi minta maaf kalau saya kata tuan tak ada telinga, macam ayam" jawab lelaki itu dengan jujur.
Merasa terhina dengan jawapan itu, Johan mengusirnya keluar dari pejabat.

Calon kedua ialah seorang perempuan yang berpengalaman bekerja di bank hampir 5 tahun. Dia lebih baik dari calon pertama tadi.
Di akhir sesi temuduga, Johan bertanya soalan yang sama ditanya pada calon pertama.
"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"
"Ya ... saya heran bagaimana tuan boleh mendengar saya dengan baik, sedangkan tuan duduk jauh dari saya." puji perempuan itu.

Sebaik mendengar jawapan dari perempuan itu, Johan berang dan menghalaunya keluar.


Calon terakhir adalah yang terbaik, walaupun masih muda dia telah bekerja lebih 8 tahun di bank. Selain bijak dia juga tampan dan bergaya. Seperti calon terdahulu Johan bertanya soalan serupa.

"Awak nampak tak sesuatu yang ganjil pada saya?"

"Ya. Awak pakai contact lens," jawab pemuda itu menahan perasannya dari tergelak.
Walaupun terkejut, Johan gembira dengan jawapan pemuda itu.
Dia hairan kerana pemuda itu sangat teliti dan dapat melihatnya memakai contact lens walaupun mereka duduk agak jauh.
"Bagaimana awak tau" tanya Johan lagi.
Pemuda itu tidak dapat lagi menahan gelihatinya lalu ketawa besar hingga jatuh terguling-guling sambil berkata,
" Dah tentu tuan tak boleh pakai cermin mata sebab tuan tak ada telinga, nak sangkut kat mana". Huargh! Huargh! Huargh! Huargh!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)