Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Wednesday, August 15, 2007

Seven Eleven

4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak.

Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama,
"Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua!"

"Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. " Saya bekerja di Twin Star Enterprise"

Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua, "Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!"

"Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua."Saya kerja di 3M Corporation"

Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ke ketiga,"Congratulation! isteri you dapat kembar empat,"

"Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan.Saya kerja di Four Season Hotel!"

Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah.Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??"

Jawab ayah keempat,"Saya bekerja di Seven-eleven"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)