
Bukan haiwan sebenar. Gambar hiasan
CREMONA - Seorang lelaki terpaksa ditahan kerana polis mendapati ada seekor buaya yang tinggal di dalam bilik mandi lelaki itu.Fabio Lazelli terpaksa dipenjara ketika polis menjumpai buaya yang berasal Cuba di apartmentnya yang terletak di Cremona, Itali.
"Polis meminta masuk ke dalam flat milik Fabio dan ketika mereka masuk, mereka menjumpai ada buaya yang berenang di tab mandi," ujar jiran Fabio, di dalam laman Orange, Khamis (10/11/2011).
Buaya Cuba berusia tiga tahun merupakan haiwan langka yang hampir pupus di muka bumi ini. Haiwan itu pun dikhabarkan dapat membesar hingga mencapai 2.7 meter. Salah seorang pakar haiwan mengatakan buaya Cuba merupakan buaya paling pintar dan juga agresif.
Fabio pun akhirnya didenda GBP70.000 kerana menyeludupkan haiwan langka. Fabio disyaki membawa buaya itu ketika ia masih berupa telur dan membiakkannya di flatnya sendiri.
Petugas zoo ketika ini sedang berusaha untuk memindahkan reptilia itu ke sebuah taman perlindungan haiwan di Rom, Itali.
"Fabio mungkin beruntung kerana kami sudah menangkapnya. Haiwan ini merupakan haiwan paling agresif dan pintar serta lincah. Ketika buaya itu meningkat dewasa, buaya itu akan menjadi haiwan yang berbahaya," ujar petugas zoo.
sumber : http://international.okezone.com
No comments:
Post a Comment