Lelaki dari Denver, Amerika Syarikat ini mengambil tindakan nekad akibat tidak mahu pergi kerja dengan menikam dirinya dengan pisau, kemudian mendakwa bahawa ianya telah dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang menyerangnya.Polis melancarkan pemburuan dengan anjing mencari penyerang, tetapi menjadi curiga selepas melihat rakaman kamera CCTV dari luar sebuah kedai berhampiran tempat Siebers mengatakan dia ditikam.
Aaron Siebers 29, yang mempunyai luka yang parah di kakinya, dibawa ke Hospital St Anthony di Denver selepas dia melaporkan insiden tersebut.
Satu rakaman cctv menunjukkan dia tidak cedera ketika turun dari bas dekat kedai Blockbuster. Rakaman lain menunjukkan tidak ada serangan seperti yang digambarkan di tempat kejadian.
Setelah dia dikeluarkan dari hospital, dia mengaku bahawa dia datang dengan tipu muslihat kerana dia tidak mahu pergi bekerja.
Siebers telah didakwa membuat laporan palsu dan menganggu pihak polis.
GB - Kalau tak nak pergi keje, tulis je la surat resign. Kan senang..
No comments:
Post a Comment