Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Tuesday, November 15, 2011

Gula-Gula Getah Meletup, Rahang Pelajar Hancur.


Polis Ukraine mengesahkan seorang pelajar kimia sebuah cawangan Institut Politeknik Kiev, Vladimir Likhonos, yang berusia 25 tahun maut apabila gula-gula getah tiba-tiba meletup sehingga menghancurkan sebahagian mukanya.

Jurucakap polis Elvira Biganova memberitahu, pelajar itu secara tidak sengaja mencampurkan sejenis bahan letupan ke dalam gula-gula getah yang digunakan dalam kajiannya.

Menurutnya, Likhonos sepatutnya mengambil asid sitrik untuk memberi rasa masam ke dalam gula-gula getah itu.Namun, dia tersilap mengambil serbuk letupan.

"Letupan itu menghancurkan rahang dan bahagian bawah wajahnya," ujarnya.
Jurucakap itu berkata, polis menemui 100 gram serbuk yang disyaki bahan letupan di atas meja yang mirip asid sitrik.

Beberapa pekerja perubatan yang berada di tempat kejadian gagal untuk menyelamatkannya.
"Sesiapa sahaja mungkin telah mencampurkan bahan letupan itu," kata jurucakap tersebut yang mengulas kejadian pada Sabtu lalu itu.

Kejadian itu berlaku di dalam bilik di rumahnya. Letupan itu menyebabkan ibu bapanya terkejut dan meluru ke biliknya sebelum mendapati anak mereka terbaring dengan rahangnya hancur.

GB - Selalunya orang makan gula-gula getah kena tiup jadi bubble dulu baru boleh letupkan...Ini tak payah tiup jadi bubble pun. Kunyah 2 3 kali, meletup lah dia..Ada yang berani?

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)