Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, October 25, 2007

Tidak Ada!


Dalam suatu perbicaraan di Mahkamah.. Hakim meminta pesalah berdiri untuk diperdengarkan tuduhan.

"Saudara didakwa membunuh seorang guru dengan menggunakan gergaji" kata hakim.

Dari belakang terdengar seseorang berteriak...

"Kurang ajar!!!"

"Bawa bertenang. Ini Mahkahmah!" bentak hakim.

Hakim kemudian membacakan lagi tuduhan..."Saudara juga didakwa melakukan pembunuhan terhadap seorang penjual akhbar denganmenggunakan pisau..!"

"Celaka!!!" teriak pengunjung tadi.

"Tenang, Bawa tenang!" teriak hakim dengan keras.

"Dan.. saudara juga dituduh melakukan pembunuhan terhadap seorang posmen dengan menggunakanparang..!" kata hakim.

"Keparat!!!" teriak pengunjung tadi tanpa boleh ditahan.

Dengan geram Hakim berkata,"Jika anda tidak boleh berikan alasan kenapa anda berperangai seperti ini.. saya akanperintahkan anda di masukkan ke Hospital Bahagia atas kesalahan menghina mahkahmah!"

"Maaf.. Yang Arif..." pengunjung tadi berkata...

"Saya adalah jiran pesalah... sebenarnya setiap kali saya ingin meminjam gergaji, Pisau danparang... dia selalu cakap... tidak ada!"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)