Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Thursday, October 25, 2007

Bukan kamu yang punya


Suatu malam seorang isteri meminta wang belanja tambahan dari suaminya seorang yang kedekut.Lalu suaminya mengeluarkan wang RM 5000 dari poketnya lalu berjalan ke arah cermin.

"Awak tengok wang yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...

"Awak ambil yang itu.. dan yang diluar cermin ini.. adalah wang saya!"

Malam berikutnya si suami terkejut ketika baru balik dari pejabat dan melihat ada satey kambing serta rendang di meja makan. Lalu ia bertanya kepada isterinya,

"Mana awak dapat wang untuk beli semua ni?"

Isterinya tidak menjawab... dan terus menarik tangan suaminya masuk kebilik.Di dalam bilik.. suaminya mengulangi pertanyaannya.. lalu si isteri pun menanggalkan semua pakaiannya dan berjalan ke depan cermin..

"Awak lihat tubuh yang di dalam cermin itu ?" sambil menunjuk kedalam cermin...

"Itu adalah kepunyaanmu... dan yang diluar cermin ini pula adalah kepunyaan penjual satey ini !"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)