Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Monday, October 29, 2007

Bace doa ye

Semalam saya dan isteri mengundang beberapa orang untuk makan malam di rumah. Isteri saya pun sejak pagi sudah mempersiapkan segala masakannya.

Ketika semua tetamu telah datang, ia menyuruh anak kami yang berusia 6 tahun untuk memimpin doa sebelum makan.

"Afiq, kamu pimpin baca doa ye Afiq"
"Tapi mak, doanya macam mana?" jawabnya.
"Katakan saja apa yang biasanya Ibu katakan," kata isteri saya.
Afiq segera menadah tangan dan berkata ...
"Ya Tuhanku, kenapa saya harus mengundang orang-orang ini makan malam?"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)