Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Friday, September 30, 2011

Lahirkan 3 Anak Pada Tarikh Yang Sama

3 Anak sammy yang berkongsi tarikh lahir, Kaiden, Keiran dan Kyle.

LONDON: Seorang bayi menarik perhatian ramai apabila lahir pada tarikh sama seperti dua abangnya.

Kyle Kellett berkongsi hari lahir - 20 September - dengan Keiran, 6, dan Kaiden, 3.


Menurut statistik, kemungkinan untuk berlaku kelahiran sama seperti itu ialah satu dalam 133,590.

Ibu Kyle, Sammy Kellett, 24, berkata dia seperti tidak percaya kebetulan seperti itu boleh berlaku.


“Ia sangat luar biasa. Saya memiliki tiga anak yang lahir pada 20 September,” katanya.


Berdasarkan perkiraan doktor, Keiran dan Kyle dijangka lahir pada 24 September tetapi Sammy melahirkan mereka empat hari lebih awal.

Menurut Sammy, bagi Kaiden pula, dia sepatutnya lahir pada 13 September tiga tahun lalu.


Bagaimanapun, katanya, dia melahirkan Kaiden seminggu lebih lewat daripada jangkaan.

Selain berkongsi persamaan tarikh lahir, ketiga-tiga anak Sammy dan pasangannya, Merv Jeans, 35, dilahirkan di hospital sama, iaitu Hospital Royal Preston.


Bagaimanapun, hanya dua daripada tiga anak Sammy - Kaiden dan Kyle - dilahirkan dalam bilik yang sama di hospital berkenaan.


Sammy - dari Preston - dibawa masuk ke bilik bersalin pada 2.45 pagi Selasa lalu dan Kyle dilahirkan pada jam 5 pagi.


Keiran pula dilahirkan jam 2.26 petang pada 20 September 20 2005, manakala Kaiden 8.37 pagi pada 2008. Jeans pula menyambut hari lahir pada 22 September. - TS

GB - Pernah dengar orang lahirkan anak pada 8.8.2008, 9.9.2009 dan 10.10.2010 secara berturut-turut? Ini kisah benar tau..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)