Catherine Kieu
(Bernama) - Seorang wanita didakwa melakukan penyeksaan pada hari Rabu lepas selepas pihak berkuasa berkata dia memotong zakar suaminya dengan pisau dapur dan membungkusnya di dalam plastik sampah.
Catherine Kieu, 48, dituduh mengikat suaminya di tempat tidur dengan tali nilon, menarik seluar dan menghiris zakar suaminya, kata jurucakap Pejabat Peguam Daerah Orange County dalam satu kenyataan bertulis.
Wanita tersebut mengambil zakar yang terputus itu ke dapur, dan melemparkannya ke plastik pelupusan sampah sebelum menghubungi 911, kata pendakwaraya.
Kieu, yang telah ditahan di tempat kejadian pada hari Isnin lalu, didakwa secara berasingan di atas kesalahan melakukan penyeksaan dan keganasan diburukkan lagi dengan tambahan menjatuhkan hukuman kerana menyebabkan kecederaan dan menggunakan senjata.
Dalam perbicaraan mahkamah pada hari Rabu lalu, Hakim Mahkamah Orange County mengarahkan Kieu untuk membela diri dan kes itu ditangguhkan sehingga 22 Julai.
Kieu, yang sedang ditahan tanpa jaminan, menghadapi hukuman maksimum penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat jika sabit kesalahan.
Pendakwa raya berkata kejadian itu berpunca dari pertengkaran kecil antara Kieu dan suaminya berusia 60 tahun yang namanya tidak didedahkan,
Polis berkata ketika menghubungi 911, Kieu, yang memperkenalkan diri sebagai Catherine Kieu Becker, berkata suaminya yang diikat di katil itu mengalami pendarahan di peha dan berkata suaminya "patut dihukum".
Polis juga berkata Kieu mungkin di bawah pengaruh dadah dan mungkin telah mencampurkan dadah ke dalam makanan suaminya bagi membuatnya mengantuk. Pasangan yang berkahwin pada 2009 itu kini sedang dalam proses penceraian.
Suaminya Kieu telah di kejarkan ke Pusat Perubatan Irvine, California dan telah menjalani pembedahan kecemasan di sana kerana kecederaannya yang begitu serius.
Pihak polis kini masih menyiasat punca kejadian dan tidak menolak kemungkinan suspek mengalami kemurungan.
GB - Tahu pulak dia nak telefon 911 lepas buat salah yea?
No comments:
Post a Comment