Blog ini direka khas untuk berkongsi cerita dan gambar pelik, kelakar dari seluruh dunia. Kandungan blog telah didapati dari pelbagai sumber dalam dan luar negara. Segala penterjemahan akan dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan blog ini menggunakan 1oo% Bahasa Melayu. Semua gambar dan kandungan blog ini mungkin tertakluk kepada hakcipta sumber. Kami tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemungkinan yang berlaku hasil dari kandungan blog ini.

Kami cuba sedaya upaya untuk memberikan kandungan yang terbaik untuk anda. Anda ada kisah menarik atau sebarang pandangan dan cadangan untuk dikongsi bersama? Kalau ada, bolehlah salurkan terus ke benzahudin@yahoo.co.uk
Terima kasih kerana klik sponsor kami :

Wednesday, November 23, 2011

Perompak Hingusan Yang Kantoi


Waktu korang berusia 13 tahun, apa benda yang paling jahat pernah korang buat? Ponteng sekolah? Main mesin judi? Mengendap anak orang mandi? Ataupun melakukan rompakan bersenjata? Kat Negeri "You'll Never Walk Alone" sana tu, ada sekumpulan remaja belasan tahun yang betul-betul berani dan bongok sekali melakukan rompakan bersenjata.

Salah seorang baru berusia 13 tahun tetapi tetap berupaya berlagak biasa dengan senapang patah ketika merompak selama 10 hari hingga mencetuskan ketakutan di sebuah bandar di Liverpool. Polis menemui gambar Jobe Kilbride, 13 sedang memegang senjata itu yang dimuat turun oleh rakannya dari telefon bimbitnya.

Samseng berusia belasan tahun itu adalah anggota termuda satu kumpulan terdiri dari lima orang yang melakukan rompakan selama 10 hari di seluruh Liverpool pada April dan Mei lalu, Sepanjang melakukan rompakan itu, kumpulan berkenaan yang anggotanya berusia dari 13 hingga 18 tahun, mensasar pemandu teksi dan peniaga kedai dan sepanjang kegiatan mereka, sekurang-kurangnya seorang lelaki ditembak.

Semalam, mereka mula menjalani hukuman dengan jumlah lebih 20 tahun selepas mereka ditangkap polis.Ketua kumpulan, Bradley Beveridge, 18, diawasi polis sejak berusia awal belasan tahun dan sudah didapati bersalah terhadap beberapa jenayah.

Dia memaki hamun Hakim Mark Brown ketika dibawa keluar dari Mahkamah selepas dijatuhi hukuman.Kilbride dipenjara empat tahun sementara abangnya, Declan, 16, sembilan tahun.

Declan Culshaw, remaja berusia 15 tahun, yang turut terbabit dalam rompakan terakhir kumpulan itu sebelum ditangkap, dipenjara lima tahun sementara seorang lagi remaja berusia 14 tahun, Dylan Currie, dijel enam tahun.Hakim menarik balik larangan sekatan menyebut nama pesalah bagi membolehkan akhbar menyiarkan nama kumpulan itu.

GB - Nak sangat jadi perompak yea? Hah, dudukla korang dalam lokap tu.

Mati Dipijak Gajah Sarkas


Gajah memang merbahaya. tapi jangan disangka semua gajah jinak ni baik dan lemah lembut..Sejinak mana pun dia, dia tetap Gajah..Dia tak akan jadi sejinak kucing..Ni cerita sadis dari Hanoi, Vietnam.

Ceritanya bermula sewaktu budak perempuan ni pergi menonton pertunjukan sarkas. Dia ingat gajah ni jinak, dan boleh dibuat main macam iguana kot. Dia pun dengan berani cuba memberikan gajah ni tebu.

Entah apa sebabnya, gajah sarkas ni terus menangkap budak perempuan tu dengan belalainya, mencampak mangsa ke tanah dan memijaknya hingga mati.

Mangsa, Nguyen Thao Anh, mati serta-merta di tempat kejadian.

Polis berkata, kejadian berlaku di Lao Cai yang terletak bersempadan dengan China.



GB - Jangan la cuba nak main dengan gajah kalau tak cukup ilmu. Walaupun hanya nak bagi makan..Emosi haiwan ni bukan boleh jangka..

Beratur Separuh Bogel Sebab Pakaian Free

Sebahagian dari mereka yang beratur panjang.

Cuba bayangkan anda tidur tanpa memakia apa-apa pakaian. Kemudian, pasang air-con pada tahap maksimum. Berapa lama boleh tahan agaknya? Kat Madrid, Sepanyol, sejumlah orang termasuk wanita yang memakai pakaian dalam sanggup beratur dalam suhu sejuk semata-mata untuk memperoleh pakaian mahal yang diberikan secara percuma di kedai-kedai cawangan Desigual di Madrid, Sepanyol dan Lisbon, Portugal kelmarin.

Hanya 100 orang yang paling awal memasuki kedai itu dibenarkan memperoleh pakaian mahal secara percuma.

Sebelum itu, seramai 200 orang memakai pakaian dalam sanggup berbaris di luar kedai tersebut untuk merebut tawaran unik itu.

Dua orang yang bertuah itu, Pedro Soares dan Ivan Silva mendakwa mereka tiba di kedai Desigual pada pukul 1 pagi waktu tempatan kelmarin di Lisbon. (Pergh!! 1 pagi dah terpacak depan kedai?)

Mereka berbaris selama lapan jam untuk menunggu pintu kedai itu dibuka.

"Saya mendapat sehelai baju sejuk dan sepasang seluar yang mungkin berharga AS$250 (RM766.125)," kata Soares.

"Saya suka jenama ini (Desigual) dan saya boleh memperoleh pakaian itu tanpa membuat sebarang pembayaran," tambahnya.

Seorang pegawai perhubungan awam jenama Desigual, Beatriz Almeida berkata, inisiatif itu dibuat bagi menandakan bermulanya jualan untuk musim sejuk. - Agensi

GB - Kalau dah nama pun nak dapat benda free...Buat apa pun orang sanggup..Walaupun terpaksa menggadai maruah...Tak kira lah kat Madrid ke, Jepun ke, Amerika ke, kat Malaysia pun tak mustahil jugak...betul tak?

Penari Bogel Laris


Siapa suka tengok penari bogel? Sesetengah orang sebut Tiger Dance. Tapi kali ni ia dah jadi Lion Dance pulak..Sebab terjadi di negara jiran kita, Singapura.Khidmat penari bogel mendapat permintaan tinggi di Singapura walaupun aktiviti tersebut menyalahi undang-undang negara.

Sungguhpun polis mempunyai kuasa menyerbu mana-mana tempat termasuk kediaman persendirian yang disyaki menjalankan aktiviti tidak senonoh itu, ia gagal menghalang penari-penari bogel Singapura daripada mengiklankan perkhidmatan mereka.

Kebiasaannya para penari bogel di Singapura terdiri daripada pekerja kolar putih berusia dalam lingkungan 20-an.

Mereka menjadi penari eksotik selepas waktu pejabat untuk memenuhi permintaan golongan heteroseksual dan juga gay di pulau berkenaan.

Pemilik agensi hiburan tempatan 2niteok Entertainment, Bryan Tan yang menjadi penari bogel selama lapan tahun berkata, perkhidmatan tarian itu mendapat permintaan tinggi kalangan penduduk pulau berkenaan.

“Tarian bogel adalah biasa di Barat tetapi kini ia semakin digemari di Singapura,” kata Tan yang bekerja sebagai pegawai pentadbiran pada waktu siang.

Menurut laman web syarikatnya, caj untuk melanggani tarian separa bogel ialah Sg$300 (RM736) untuk persembahan selama 20 minit manakala bayaran Sg$400 (RM981) dikenakan untuk tarian bogel sepenuhnya.

Bagi penari bogel wanita pula, mereka biasanya memakai coli dan seluar dalam semasa melakukan persembahan.

“Lelaki lebih gemar melihat wanita memakai pakaian berbanding berbogel sepenuhnya,” kata seorang eksekutif wanita, Jasmine Tan, 28, yang menjadi penari bogel untuk tiga atau empat kali sebulan.

Rata-rata penari bogel di sini merahsiakan pekerjaan sampingan mereka daripada keluarga kerana budaya masyarakat Singapura yang masih konservatif. – AFP

GB - Bukan konservatif..tapi masih ada yang masih ada ahli keluarga yang berpegang pada agama...Tak ada agama yang membenarkan tarian bogel...Entah ada agama ke tak diorang ni...tau pun takut kantoi...

Saturday, November 19, 2011

(Cerita) Peminat Mawi dan Side B


Satu hari seorang pengawal membuat rondaan disetiap bilik orang sakit mental, dalam rondaannya dia terdengar nyanyian yang merdu walupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat dengan suaranya yang tersendiri mengalunkan lagu Intifada.

Kata pengawal itu dalam hatinya,"tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat. Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain." sambil melihat dari luar pesakit tu menyanyi sambil telentang di atas katilnya. Pengawal terus melalui bilik itu dan berjalan terus untuk meronda kebilik2 pesakit yang lain.

Setelah selesai pengawal berpatah balik. Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi ia masih menyanyi tetapi kali ini lagu aduh saliha pulak. Dia menyanyikannya memang hebat, bagus sekali tone suaranya , cuma dia sakit mental aje kalau tak boleh buat album....tapi kali ini dia menyanyikan lagu aduh saliha tu dalam keadaan meniarap, lagu intifada yang mula2 tadi terlentang? pengawal tu hairan dan bertanya pada pesakit mental tu...

"kenapa kamu menyanyi meniarap? tadi terlentang?"

Jawab pesakit mental itu.....
"Tadi SIDE A...ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal tu pun beredar dari situ dan berkata dalam hatinya..
"betul jugak"

GB - Kadang-kadang pemikiran orang gila lebih waras dari orang tak gila..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Klik untuk sokong! :)